Saturday, February 20, 2010

life is so challenging.....!!!

hye all..da lama x menulis..hari ni rasa nk menulis pulak..so layan jer la ye...hidup ni mmg penuh dgn cabaran..klu xde cabaran sememangnya hidup ni x best..hehe..yelah, semua orang dapat menjalani kehidupan mereka dengan mudah tanpa memikirkan apa2 masalah..tp dengan pelbagai cabaran yg terhidang dalam hidup ni, kita sebagai manusia dapat mempelajari banyak perkara yang dapat mematangkan lagi pemikiran kita..selain tu, kita akan lebih menghargai segala perkara yg berlaku di sekeliling kita..

minggu ni sememangnya minggu yg sangat mencabar buat aku..macam2 perkara terjadi dalam hidup aku..dengan pelajaran lagi..tugasan2 yg begitu banyak perlu disiapkan dalam jangka waktu yg telah ditetapkan..kelas yg begitu lama rasanya..,dengan ragam lecturer yg pelbagai, aku tak tau nak setelkan yg mana satu dahulu..dalam masa yang serentak semuanya kelihatan begitu penting.. nak tak nak aku kena setelkan juga walaupun dalam keadaan dan situasi yg sangat memeningkan sekarang ni..

sesungguhnya walaupun dalam keadaan yg sangat tertekan dengan masalah dan isu yang tak selesai lagi, aku masih lagi dapat menjalani kehidupan aku dengan baik..masalah yang datang ni membuatkan aku lebih tabah dan sabar dalam hidup aku..menjadikan aku insan yg lebih kuat dan dapat berfikir dengan lebih rasional berbanding sebelum ni..sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada semua kawan2 yg banyak memberi semangat..aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberi ruang dan peluang, diberikan ketenangan dan kekuatan minda dalam menghadapi konflik yg tidak berkesudahan ini..mungkin la kan..kita xtau masa depan macam mana..cuma aku berharap sangat semuanya dapat diselesaikan apabila tiba masanya..

moga2 semuanya dalam keadaan baik belaka di bawah lindungan Yang Maha Esa..semoga semuanya terus diberi kekuatan dan kecekalan untuk meneruskan kehidupan yang masih ada sekarang dengan lebih sempurna..Amin.



No comments: