Wednesday, December 2, 2020

Hello Disember, please be nice and awesome to all of us!!

Assalamualaikum dan selamat malam semua....

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk berbakti dan berjuang pada hari ini untuk hari-hari kita yang mendatang. Sudah 2 hari Disember memunculkan dirinya. Covid19 masih ada di luar sana. Sama-samalah kita semua menjaga diri dan kesihatan dengan mengamalkan saranan yang dikeluarkan oleh KKM. ☺

Sesi persekolahan masih diteruskan dengan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR). Cabarannya sangatlah tinggi untuk mengajak anak-anak murid sama-sama mengikuti sesi pembelajaran ini. Ye..dah banyak intervensi yang dilakukan untuk menarik minat murid untuk ikuti kelas online, tetapi masih ada yang leka dan seronok apabila berada di rumah. Tambahan lagi dengan gajet yang diberikan oleh ibu bapa asalnya untuk pembelajaran tetapi ada sesetengahnya menyalahgunakannnya untuk lebih kepada gaming dan media sosial. Sikap anak-anak ini hanya merugikan mereka bukannya orang lain. Tiada salahnya untuk bermain games, bermedia sosial, bertik-tok dll, tetapi keutamaan haruslah diberikan kepada jadual kelas online yang disediakan. Inilah dia cabaran dunia pendidikan hari ini.

Kesian melihat guru-guru veteren yang bertungkus-lumus mempelajari kecanggihan teknologi untuk mengajar anak-anak murid tersayang,tetapi respon yang sedikit amatlah mengecewakan. Syabas dan tahniah guru-guru. Anda telah mencuba dan mnyiapkan diri tetapi anak-anak masih leka dengan dunia maya yang tidak terarah. Moga-moga anak-anak ini memperoleh kesedaran dari dalam diri untuk kepentingan dan kejayaan masa hadapan mereka.

Monday, November 30, 2020

Review: Novel Kenangan Terindah Karya Hezzy Azra

 Assalamualaikum & hai semua...

Hari ini ingin melunaskan janji untuk menulis sedikit maklum balas tentang novel yang baru di baca iaitu Kenangan Terindah. Novel kedua nukilan penulis Hezzy Azra. Salah seorang penulis yang begitu bersahaja dalam penulisannya. Terasa seronok untuk meneruskan hasil karya beliau. Terima kasih Kak Hezzy. ☺

Untuk novel KT ni, apa yang dapat saya kongsikan..jalan ceritanya menarik, tidak begitu berat mainan emosinya tetapi bila awal-awal baca tu, menyampah sungguh la dengan Ridzwan ni.. Hello, ko ingat semua apa yang ko nak tu,boleh dapat ke??? haa...gitu ler... ingatkan awal je nyampah dengan Ridzwan ni..sekali mmg sampai abis..hahahahaha

Seperti biasa dalam karya Kak Hezzy... kisah kekeluargaan & persahabatan merupakan elemen utama. Sesuatu yang positif apabila keluarga & sahabat saling sokong menyokong dan bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu isu. 

Karya kedua Kak Hezzy, tetapi karya terakhir yg saya baca setakat ini..hehe.. Untuk karya ni, saya bagi 3 ★★★ and half ye kak... Terima kasih kak kerana menghasilkan karya yang santai tetapi bermaklumat kepada pembaca. Tak sabarrr nak baca karya yang seterusnya....teruskan berkarya akak...❤❤❤

Thursday, November 12, 2020

One Month and a half Till End of Year 2020

 Assalamualaikum and a very good afternoon to you people out there......

Oopss...sampai situ jer English Version..hahaha... Oh Wow....sudah berkurun lama nya tidak mengemaskini blog ku ini rupanya... Kali terakhir paparan tahun 2016..

ermmm.... hampir 5 tahun tidak bersiaran ye... saya harap semua orang di luar sana baik-baik belake.. Semoga kehidupan kita dalam rahmat Allah sentiasa.. 

Resolusi baharu di musim pandemik yang sedang melanda ini, rasanya macam ingin menulis semula di laman blogging ini. Walaupun tiada yang membaca tetapi sekadar luahan pendapat untuk kepuasan sendiri. Mudah-mudahan apa yang akan saya kongsikan memberi manfaat kepada orang lain. Ingin menulis novel yang panjang lebar, tak termampu rasanya. Masih belum cukup kreatif dan puitis dalam berbahasa. 

Harapannya agar terlaksanalah apa yang bermain difikiran saya sekarang ini. Moga semuanya dipermudahkan. Hingga kita jumpa lagi.


#journey2020tillend

#kitajagakita

#kitabelummenang

#patuhiSOPsama-samakitamenang

#mogaCOVID19terhapusdimukabumi