Friday, October 9, 2015

Suasana Baru...

Assalamualaikum and good evering everybody...

Di petang hari yang mendung ni, guruh yang berdentum dan angin yang sepoi-sepoi bahasa bertiup kat luar nun, tetiba terasa rajin nak update blog saya yang dah terlampau bersawang dan berkarat ni. Aish.., memang terasa rindu pulak nak menulis kan.. :)

Setelah lama saya ni menjadi tukang tanam anggur kan, alhamdulillah, akhirnya impian yang dikejar dapat juga dipenuhi. 2 bulan telah bermulalah hidup saya sebagai seorang pendidik yang sememangnya semakin mencabar dalam dunia serba cepat dan pantas dengan segala maklumat begitu senang diperoleh. Harapannya agar saya terus cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup dan cabaran di era globalisasi untuk generasi Y yang kian pintar dan kreatif ni.

Tambahan pula mendidik di bandaraya besar ni sudah tentu lah cabarannya berlipat kali ganda dengan pelbagai ragam dan karenah untuk dihadapi. Ya Allaah, aku bermohon kepada MU, Kau berikanlah aku kekuatan dan kecerdikan dalam menangani isu-isu yang bakal aku harungi dan Kau berikanlah aku bimbingan agar aku terus berusaha mendidik diriku dan anak-anak didikku untuk menjadi insan yang cemerlang dalam agamaMu serta kehidupan kami agar terus berada dalam keredhaanMu, ya Allah.. Amin ya rabbal'alamin.