Tuesday, May 17, 2016

Selamat Hari Guru 2016

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni tetibe terasa nak menaip kat blog yang dah lama tak di kemas kini.. Tambahan pula semalam adalah hari yang istimewa untuk semua warga pendidik di seluruh dunia..

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat hari guru untuk semua guru-guru saya, yang hadir dalam hidup saya sama ada secara langsung atau tidak langsung..
Tidak semestinya guru-guru yang mengajar di sekolah atau universiti sahaja tetapi meliputi semua individu yang hadir memberi tunjuk ajar daripada "tidak tahu" kepada "tahu" & "kenal" sesuatu perkara..

Mak, ayah, atuk, nenek, abang2, kakak2, sepupu2, jiran2, sahabat2 dan termasuklah  orang asing yang kenal secara maya... Anda semua adalah guru melalui pengalaman2 yang dilalui bersama sama ada secara berdepan mahu pun penulisan yang menyentuh hati melalui bacaan..

Semestinya jutaan terima kasih kepada guru2 yang bertahun2 mendidik saya di tadika, PASTI NURUL HIDAYAH, kg.telaga.... Guru2 di SK TELAGA (93-98) & SMAM (99-03)...pensyarah2 di KUSZA (04-07) & UIAM (08-12)...rakan2 guru di SK KUALA DURA (13), SMK AJIL (14), SMA MARANG (15) dan SMKTM (16).... Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dan didikan anda semua, saya mampu menjadi diri saya yang sekarang.. Semoga hidup kalian semua terus diberkati Allah selalu dan diberi kesihatan yang baik agar terus berbakti demi anak bangsa.. :)

[[[..TERIMA KASIH CIKGU SEMUA..[[[