Wednesday, March 21, 2012

Penyu lemas dilaman sendiri..

Salam n hye all....

Minggu nie merupakan minggu yang penuh menggemparkan dan menkjubkan untuk peminat bola sepak khasnya..yelah dari berita gembira, sedih, teruja semuanya ada minggu nie..boleh dikatakan prestasi skuad pilihan berada ditahap terbaik apabila majoriti daripada pasukan-pasukan tersebut kenduri gol okey...klu dilhat dari Liga Super Malaysia (MSL) semestinya skuad Terengganu dan T-Team mencuri tumpuan hujung minggu lepas selepas membenam lawan masing2 dengan jaringan 6-3 dan 3-1...*perspektif dari fans Ganu okey* ..hahaha..dan tak lupa juga kejayaan Selangor mengalahkan pasukan tercorot KL, 3-0..huhu..

Di BPL pulak semestinya kemenangan 5-0 yg dilakar United ke atas Wolves serta kejayaan 5-2 Chelsea ke atas Leicester City meraih tumpuan peminat masing2..tambahan pula kecemerlangan Torres yg menoreh 2 gol dalam perlawanan tersebut sangatlah diharapkan penyokong da Blues tue...yela, dah lama kot dia tak score...sesuatu yg tidak sepatutnya berlaku kepada penyerang Sepanyol itu..hehehe..Berita menyedihkan juga buat peminat2 bola sepak dan mengejutkan sebenarnya apabila pemain Bolton, Fabrice Muamba terbaring kaku ditengah padang ketika permainan sehingga dikejarkan ke hospital serta merta akibat jantung yg gagal berfungsi...harapnya dia berada dalam keadaan baik dan get well soon..keadaan kritikal pun dah lepas dah..

Back to liga tempatan, siang tadi Terengganu tewas dilaman sendiri 0-2 kepada kelab champion dari Hong Kong..err, sori ye terlupa lak nama kelab tue..sila2 la google ye..;) di kejohanan AFC...err, walopun tak tengok game tu, rasanya Terengganu boleh kembali menang untuk game seterusnya..harapan tetap ada untuk pemain2 Terengganu dalam kejohanan AFC tue..pray for da best yea kawan2 semua...:)

No comments: