Friday, January 20, 2012

Kegembiraan dan kedukaan..

Salam n hye all....

Jumpa lagi kita hari ini..tiada ape yang nak diperkatakan cuma nak berkongsi...dalam kehidupan ini, kita tak lari dari melakukan kesilapan, mengecapi kegembiraan dan kebahagiaan, serta mengalami kedukaan dalam tempoh sehari..malahan dalam beberapa minit sahaja kegembiraan boleh bertukar menjadi kedukaan..jadi hargailah apa yang ada di depan mata sebelum kita menyesali kehilangannya di kemudian hari...cewah..,panjang je aku punya intro ye...renung-renungkanlah ye kawan2 semua..;)

Disebelah pagi kita dikhabarkan dengan berita gembira mengenai perkahwinan Ally Iskandar dan pasangannya Farah Lee di Terengganu...well, nak la juga berkongsi kan dengan semua orang especially peminat2 Ally la kan..selepas bermacam dugaan dan kontroversi, akhirnya bernikah juga..syukur alhamdulillah dengan kemudahan dan nikmat yang Allah kurniakan buat dirinya..Tahniah dan semoga berbahagia sepanjang hayat hendaknya...

Disebelah petang pulak kita dikhabarkan pula dengan berita duka pemergian Allahyarham Izwan Pilus akibat jangkitan kuman dalam darah...terkejut juga bila baca di Twitter FBI petang tadi..tapi dah memang ajal dia dan ketentuan Illahi kan..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman dan bertakwa.. salam takziah juga diucapkan untuk keluarga arwah...sesungguhnya kita tidak tahu bila ajal datang menjemput,  moga2 pemergian sahabat-sahabat dan keluarga di sekeliling kita memberi pedoman dan iktibar buat kita dalam meneruskan kehidupan yang lebih bermakna..

No comments: