Thursday, September 3, 2009

salam merdeka ke-52

salam merdeka semua walaupun agak terlewat..
tapi rasanya xde la lewat sangat sebab bulan September juga adalah bulan pembentukan negara Malaysia..so, still relevant for me to wish happy 52nd merdeka to all malaysians..hehe
pejam celik pejam celik sudah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan..
tp setiap kali menjelangnya tarikh kemerdekaan aku sering tertanya2 apakah erti merdeka sebenarnya...??
adakah aku sudah merdeka...??
kalau sudah, dari segi apa...??? dan kalau belum, bila agaknya aku mampu mengecapi kemerdekaan..?? sempatkah...??
apabila terlampau banyak memikirkannya, aku jadi keliru sendiri..

bagi aku, merdeka ini banyak ertinya..setiap orang memahaminya dengan cara yang berbeza.. mereka mempunyai erti kemerdekaan mereka yang tersendiri...kadang2 aku terfikir..betulkah negara kita sudah merdeka..?? mungkin dari segi penjajahan fizikal, kita sememangnya telah merdeka..tapi bagaimana dengan aspek pemikiran..??aku percaya minda kita masih lagi terjajah oleh anasir2 luar...aku bukanlah mengata kepada orang lain, tetapi lebih kepada diri aku sendiri..
saban hari, dalam kehidupan aku...aku lebih banyak mendengar lagu luar negara berbanding lagu negara sendiri..ini hanyalah contoh kecil sbbnya aku memang suka dengar muzik..hehe..begitu juga dengan filem2, drama2 dan sinetron2...produk luar negara lebih banyak daripada produk tempatan...apakah ini yang dinamakan 'merdeka'..?kenapa aku kaitkan dengan filem & muzik..??? mesti ada yang tertanya2....yelah kan..saban tahun apabila tibanya hari kemerdekaan, pastinya banyak konsert diadakan untuk meraikan hari kebangsaan negara kita..tapi bukan lagu beridentitikan kebangsaan atau perjuangan yang didendangkan..,tapi lagu2 biasa yang sememangnya saban hari dimainkan oleh stesen radio tempatan..kenapa perlunya diraikan hari kemerdekaan dengan konsert2 ini...??kenapa tidak diadakan solat hajat dan solat sunat syukur sahaja sebagai tanda kesyukuran negara kita telah bebas daripada penjajah, seterusnya dapat menjalani kehidupan kita dengan lebih sempurna..secara kebetulannya pada tahun ini, hari merdeka jatuh pada bulan ramadhan..so, for sure any kind of entertainment has been stopped for a while as the celebration..Thank God...:)
erm..,apa la yang aku melaut ni eh...?? xpe la, sambung balik next entri la..

akhir kata,
salam merdeka ke 52..
terima kasih Ya Allah kerana memakmurkan negara ini dan masyarakatnya..
terima kasih juga atas semua kurniaan-Nya..
have a nice day to all of you...:)))

2 comments:

SYAHIDA said...

wah3...pjg nye ustzh bg ceramah..hehe

(,")..hana..(",) said...

haha..sejak bila dpt title ustzh ni..??? skdr renungan jer..;p