Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Penyu lemas dilaman sendiri..

Salam n hye all....

Minggu nie merupakan minggu yang penuh menggemparkan dan menkjubkan untuk peminat bola sepak khasnya..yelah dari berita gembira, sedih, teruja semuanya ada minggu nie..boleh dikatakan prestasi skuad pilihan berada ditahap terbaik apabila majoriti daripada pasukan-pasukan tersebut kenduri gol okey...klu dilhat dari Liga Super Malaysia (MSL) semestinya skuad Terengganu dan T-Team mencuri tumpuan hujung minggu lepas selepas membenam lawan masing2 dengan jaringan 6-3 dan 3-1...*perspektif dari fans Ganu okey* ..hahaha..dan tak lupa juga kejayaan Selangor mengalahkan pasukan tercorot KL, 3-0..huhu..

Di BPL pulak semestinya kemenangan 5-0 yg dilakar United ke atas Wolves serta kejayaan 5-2 Chelsea ke atas Leicester City meraih tumpuan peminat masing2..tambahan pula kecemerlangan Torres yg menoreh 2 gol dalam perlawanan tersebut sangatlah diharapkan penyokong da Blues tue...yela, dah lama kot dia tak score...sesuatu yg tidak sepatutnya berlaku kepada penyerang Sepanyol itu..hehehe..Berita menyedihkan juga buat peminat2 bola sepak dan mengejutkan sebenarnya apabila pemain Bolton, Fabrice Muamba terbaring kaku ditengah padang ketika permainan sehingga dikejarkan ke hospital serta merta akibat jantung yg gagal berfungsi...harapnya dia berada dalam keadaan baik dan get well soon..keadaan kritikal pun dah lepas dah..

Back to liga tempatan, siang tadi Terengganu tewas dilaman sendiri 0-2 kepada kelab champion dari Hong Kong..err, sori ye terlupa lak nama kelab tue..sila2 la google ye..;) di kejohanan AFC...err, walopun tak tengok game tu, rasanya Terengganu boleh kembali menang untuk game seterusnya..harapan tetap ada untuk pemain2 Terengganu dalam kejohanan AFC tue..pray for da best yea kawan2 semua...:)

Friday, January 20, 2012

Kegembiraan dan kedukaan..

Salam n hye all....

Jumpa lagi kita hari ini..tiada ape yang nak diperkatakan cuma nak berkongsi...dalam kehidupan ini, kita tak lari dari melakukan kesilapan, mengecapi kegembiraan dan kebahagiaan, serta mengalami kedukaan dalam tempoh sehari..malahan dalam beberapa minit sahaja kegembiraan boleh bertukar menjadi kedukaan..jadi hargailah apa yang ada di depan mata sebelum kita menyesali kehilangannya di kemudian hari...cewah..,panjang je aku punya intro ye...renung-renungkanlah ye kawan2 semua..;)

Disebelah pagi kita dikhabarkan dengan berita gembira mengenai perkahwinan Ally Iskandar dan pasangannya Farah Lee di Terengganu...well, nak la juga berkongsi kan dengan semua orang especially peminat2 Ally la kan..selepas bermacam dugaan dan kontroversi, akhirnya bernikah juga..syukur alhamdulillah dengan kemudahan dan nikmat yang Allah kurniakan buat dirinya..Tahniah dan semoga berbahagia sepanjang hayat hendaknya...

Disebelah petang pulak kita dikhabarkan pula dengan berita duka pemergian Allahyarham Izwan Pilus akibat jangkitan kuman dalam darah...terkejut juga bila baca di Twitter FBI petang tadi..tapi dah memang ajal dia dan ketentuan Illahi kan..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman dan bertakwa.. salam takziah juga diucapkan untuk keluarga arwah...sesungguhnya kita tidak tahu bila ajal datang menjemput,  moga2 pemergian sahabat-sahabat dan keluarga di sekeliling kita memberi pedoman dan iktibar buat kita dalam meneruskan kehidupan yang lebih bermakna..

Saturday, October 29, 2011

Gembira dalam Duka...

hye all...

abes sudah musim bola sepak untuk kali nie setelah berakhirnya final Piala Malaysia tadi...Tahniah buat Negeri Sembilan setelah menjuarai Piala Malaysia untuk edisi kali ke-85 nie..Hai-O malam nie memang menjelmakan miracle yg amat..sememangnya anda masih seorang yg terbaik..!! ape2 pun, TAHNIAH juga buat pemain2 Terengganu diatas persembahan yg menakjubkan itu..anda semua dah mempamerkan aksi yg menarik walaupun gagal membawa pulang piala yg diidamkan...

kenapa entri kali ni bertajuk gembira dalam duka...well, aku gembira sebab skuad UNITED menang game lawan Everton tadi walaupun sekadar 1-0..tapi 3 mata bermakna itu yg penting..agak duka disebabkan permainan yg ditunjukkan kurang memuaskan..huhu..dan semestinya dalam suasana sedih disebabkan kekalahan skuad Peteh Ganu Peteh..huhu...dengan kekalahan skuad Ganu nie diharap dapatlah menutup mulut2 longkang yg duk mengata skuad Ganu menang selama ini disebabkan ihsan org2 tertentu..player2 Ganu dah penat main berhabes-habesan kat tengah padang, korang kat luar sedap2 jer duk mengata dorang jual game eh..huhu..memang tersangat x patut...ape2 pun, next year ade lagi, n semoga musim akan datang menjadi milik skuad Penyu tanpa spekulasi2 yg menyakitkan hati....huhu..

Peteh Ganu Peteh..Good Luck Lads!!

Assalamualaikum n hye all....

Kurang 4 jam dari sekarang sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 akan berlangsung..mesti ramai peminat setia bola sepak tertunggu-tunggu perlawanan nie especially fans of Ganu n N.9...aku percaya dah ramai yg bertandang ke stadium Shah Alam untuk menonton aksi final nie..huhu..aku juga yg terlepas peluang buat julung2 kali ni sekali lagi...frust tu xyah cakap ar..ape2 pun aku doakan yg terbaik buat skuad Terengganu.. harapan untuk melihat Piala Malaysia dibawa pulang ke Terengganu sekali lagi amatlah tinggi sebenarnya...

*gambar ihsan FB Peteh Ganu Peteh....tq

hopefully, pemain2 dapat mengekalkan persembahan yg menakjubkan seperti di suku akhir dan separuh akhir sebelum ini..semoga pemain2 dapat menterjemahkan perancangan jurulatih Hj. Irfan Bakti dengan sebaik2nya selain mengharapkan keajaiban dan kreativiti dari skuad Peteh dalam menjana serangan serta mempertahankan kubu mereka dari dibolosi pihak lawan... ALL THE BEST LADS!!! 

Sunday, August 7, 2011

Back to school....

Assalamualaikum n hye all..

berjumpa lagi kita..well, hari nie mcm biasa dah back to school..yela, Kelate kan hari Ahad dah sekolah..penatnya ya ampun..dah la malam tadi baru sampai dari Terengganu..huhu..penat lagi memenatkan lah.. malam tadi dah la penat menunggu..haru betul la..

well, dah bercuti 2 hari kat umah terasa macam dah xmau balik Klate semula doh..malas yg amat..duk umah memanglah nikmat terutama di bulan puasa ini bersama famili tersayang...lagilah terasa xnak balik..tapi nak wat camne kan, nak tak nak kena lah balik juga...nak abeskan ape yang tertangguh..dah x sanggup rasanya...cuma harap cepat abeskan jer skrg nie..segala macam perasaan ade..bercampur baur kesemuanya...

ape2 pun, kembali mengadap students kat sekolah nie..hailoh, macam2 feel dorang neh...sume ade..pening nak kena layan n adapt with circumstances....dah la klien x dapat lagi nie..dengan report yang dah banyak menunggu..memang letih dan memeningkan..huhu....till then, bye..to be continued..!!

Monday, June 20, 2011

Delay: Skuad Penyu Champions!!

Assalamualaikum n hye all...

first of all, maaf ler u all sume..walopun berita nie agak ketinggalan, aku nak wat entri gak..yela, team negeri kesayangan aku kan..mesti nak wat memori gak kan..hahaha.. 


ok, skuad PENYU menang FA Cup lagi kali nie..tuk kali kedua..tahniah tuk pemain2 sume yg bertungkus-lumus dan berhempas-pulas menamatkan permainan dgn jayanya..hehe..hopefully, korang sume bley la tingkatkan lagi prestasi tuk baki perlawanan liga yg sedang berlangsung nie..:))


tadi tuk skuad bola sepak, skrg tuk atlit2 sukma Ganu lak..tahniah ye tuk atlit2 yg berjaya memungut medal emas yg seterusnya membolehkan negeri terengganu bergelar juara tuk 3 tahun berturut2..hatrik tuh..terbaek ar korang neh...CONGRATULATION GUYS!!