Showing posts with label Ceritera Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Hidupku. Show all posts

Thursday, November 12, 2020

One Month and a half Till End of Year 2020

 Assalamualaikum and a very good afternoon to you people out there......

Oopss...sampai situ jer English Version..hahaha... Oh Wow....sudah berkurun lama nya tidak mengemaskini blog ku ini rupanya... Kali terakhir paparan tahun 2016..

ermmm.... hampir 5 tahun tidak bersiaran ye... saya harap semua orang di luar sana baik-baik belake.. Semoga kehidupan kita dalam rahmat Allah sentiasa.. 

Resolusi baharu di musim pandemik yang sedang melanda ini, rasanya macam ingin menulis semula di laman blogging ini. Walaupun tiada yang membaca tetapi sekadar luahan pendapat untuk kepuasan sendiri. Mudah-mudahan apa yang akan saya kongsikan memberi manfaat kepada orang lain. Ingin menulis novel yang panjang lebar, tak termampu rasanya. Masih belum cukup kreatif dan puitis dalam berbahasa. 

Harapannya agar terlaksanalah apa yang bermain difikiran saya sekarang ini. Moga semuanya dipermudahkan. Hingga kita jumpa lagi.


#journey2020tillend

#kitajagakita

#kitabelummenang

#patuhiSOPsama-samakitamenang

#mogaCOVID19terhapusdimukabumi


Tuesday, June 14, 2016

EURO is Back.....2016 should be fun???

Assalamualaikum semua....

Life is so busy nowadays...there's quite not much time to write anything on this blog...it's quite frustrating actually..writing is always been my passion, but then, i'm not quite good at ranting and throw out ideas...so, it is better for me to enjoy others' writing only to keep my life inspired and meaningful after the Guidance of the Above of course..

Well, football season is finally ended months ago..truly this season not quite enjoyable since my favorite team keeps loosing and under their best performance..frustrated as well..haish.. Hopefully, by the next season with the new manager they will be able to be on top form and achieve the victory that should be theirs from the early on. Of course, i'll keep praying and hoping for the best for the lads to meet their expectation.

So, for the time being, let's focus on EURO 2016 games.. well, as usual, my preferences are Germany, Spain and Italy...hihi...even though i can't watch all the live match, i'll always cheer and support wholeheartedly for them... ALL THE BEST GUYS!!!


HAPPY FASTING TO ALL MUSLIMS AROUND THE WORLD.... MAY ALLAH GRANT US HIS VIRTUE AND STRENGTH TO KEEP PERFORMING THE IBADAH IN THE MONTH OF RAMADHAN...STAY STRONG TO ENRICH OUR DAILY PRAYERS DAN GOOD DEEDS... :)

Tuesday, May 17, 2016

Selamat Hari Guru 2016

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni tetibe terasa nak menaip kat blog yang dah lama tak di kemas kini.. Tambahan pula semalam adalah hari yang istimewa untuk semua warga pendidik di seluruh dunia..

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat hari guru untuk semua guru-guru saya, yang hadir dalam hidup saya sama ada secara langsung atau tidak langsung..
Tidak semestinya guru-guru yang mengajar di sekolah atau universiti sahaja tetapi meliputi semua individu yang hadir memberi tunjuk ajar daripada "tidak tahu" kepada "tahu" & "kenal" sesuatu perkara..

Mak, ayah, atuk, nenek, abang2, kakak2, sepupu2, jiran2, sahabat2 dan termasuklah  orang asing yang kenal secara maya... Anda semua adalah guru melalui pengalaman2 yang dilalui bersama sama ada secara berdepan mahu pun penulisan yang menyentuh hati melalui bacaan..

Semestinya jutaan terima kasih kepada guru2 yang bertahun2 mendidik saya di tadika, PASTI NURUL HIDAYAH, kg.telaga.... Guru2 di SK TELAGA (93-98) & SMAM (99-03)...pensyarah2 di KUSZA (04-07) & UIAM (08-12)...rakan2 guru di SK KUALA DURA (13), SMK AJIL (14), SMA MARANG (15) dan SMKTM (16).... Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dan didikan anda semua, saya mampu menjadi diri saya yang sekarang.. Semoga hidup kalian semua terus diberkati Allah selalu dan diberi kesihatan yang baik agar terus berbakti demi anak bangsa.. :)

[[[..TERIMA KASIH CIKGU SEMUA..[[[

Tuesday, May 15, 2012

Masa Terus Mengejar...

Salam and hye all...

Hurm...dah masuk Mei dah kita ye...cepatnya la masa berlalu..masa mana nak tunggu kita kan..? tapi kita aje yang rancak membuang masa dengan aktiviti yang kurang berfaedah..hailoh, termasuklah cik penulis nie..entah bila nak memajukan diri dan berubah ke arah yang lebih baik..huhu..

Well, masuk hari nie genap tujuh hari arwah nenek aku kembali kerahmatullah...al-fatihah dihadiahkan buat allahyarhamah nenekku..semoga nenekku tenang disana dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa..Amin..begitulah kitaran kehidupan..kita pada hari ini, tanpa mengira usia dan waktu, bakal dijemputNya, samada kita bersedia ataupun tidak..daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Yang Maha Kuasa, dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri yang tegar mencorakkannya...

Bersama-samalah kita mencari redhaNya dalam kehidupan ini untuk menjadi jaminan buat kita pada kehidupan seterusnya..sebagai peringatan untuk diri aku sendiri..Wallhuallam..

Friday, April 20, 2012

April dah nak habis..

Assalamualaikum n hye all....

Macam biasa lah kan..ape khabar korang semua..?? dah lama dah aku tidak mengemaskini blogku yang tak berapa nak heboh nie..aisey..rindu sungguh rasanya nak menulis, tapi tiada apa yang nak aku kemaskinikan jadi terbiar bersawanglah blog aku neh...huhuhu...tambahan pulak aku memang tersangatlah jarang online sekarang nie...mood untuk berblogging telah hilang entah ke mana..sape dan ape entah yang dah curik..aku sendiri pun tak pasti...:) 

Erm..hari tu aku ade bersembang dengan kawan aku...yelah berkongsi cerita dan bergosip gitu..tapi bukan mengumpat okey..hahaha...aku cakaplah kat dia kan aku bosan dowh duk kat umah..xde ape nak buat selain makan, tido, tengok tv, dengar lagu dan jadi bibik tidak bertauliah kat umah nie..(padan muka ko kan cik ana..sape suh ko tak reti2 nak cari kerja..:P ) pastu dia pun bg suggestion suruh aku tulis novel memandangkan aku nie giler sangat layan novel..

err..terkedu aku dibuatnya...aku nie bab2 layan novel orang lain boleh lah..tapi kalau untuk aku hasilkan novel aku sendiri rasanya lambat lagi ar...dah ar aku nie memang spesies malas nak karang ayat cinta-thriller-jiwang-emosi dan sewaktu dengannya...memang tak la kan...err..agak2 la kan, kalau aku nak tulis novel, genre amende hah yg sesuai..??? *ting tong..sila fikir2kan*

Sehingga berjumpa lagi di alam siber nie kawan2....:)

Wednesday, March 21, 2012

Penyu lemas dilaman sendiri..

Salam n hye all....

Minggu nie merupakan minggu yang penuh menggemparkan dan menkjubkan untuk peminat bola sepak khasnya..yelah dari berita gembira, sedih, teruja semuanya ada minggu nie..boleh dikatakan prestasi skuad pilihan berada ditahap terbaik apabila majoriti daripada pasukan-pasukan tersebut kenduri gol okey...klu dilhat dari Liga Super Malaysia (MSL) semestinya skuad Terengganu dan T-Team mencuri tumpuan hujung minggu lepas selepas membenam lawan masing2 dengan jaringan 6-3 dan 3-1...*perspektif dari fans Ganu okey* ..hahaha..dan tak lupa juga kejayaan Selangor mengalahkan pasukan tercorot KL, 3-0..huhu..

Di BPL pulak semestinya kemenangan 5-0 yg dilakar United ke atas Wolves serta kejayaan 5-2 Chelsea ke atas Leicester City meraih tumpuan peminat masing2..tambahan pula kecemerlangan Torres yg menoreh 2 gol dalam perlawanan tersebut sangatlah diharapkan penyokong da Blues tue...yela, dah lama kot dia tak score...sesuatu yg tidak sepatutnya berlaku kepada penyerang Sepanyol itu..hehehe..Berita menyedihkan juga buat peminat2 bola sepak dan mengejutkan sebenarnya apabila pemain Bolton, Fabrice Muamba terbaring kaku ditengah padang ketika permainan sehingga dikejarkan ke hospital serta merta akibat jantung yg gagal berfungsi...harapnya dia berada dalam keadaan baik dan get well soon..keadaan kritikal pun dah lepas dah..

Back to liga tempatan, siang tadi Terengganu tewas dilaman sendiri 0-2 kepada kelab champion dari Hong Kong..err, sori ye terlupa lak nama kelab tue..sila2 la google ye..;) di kejohanan AFC...err, walopun tak tengok game tu, rasanya Terengganu boleh kembali menang untuk game seterusnya..harapan tetap ada untuk pemain2 Terengganu dalam kejohanan AFC tue..pray for da best yea kawan2 semua...:)

Waiting for 26.3.12....

Salam n hye all...

Sedang buat apa dan di mana tue..?? tengah dating ye...?? tak pun duk dengar lagu & tengok cite..?? harap2 semuanya tengah berbahagia la ye...kenapa..?? saya tengah bahagia ker..?? oho..sikit2 la..duk menunggu detik 26 Mac sekarang nie..lalalala...eh eh eh..korang jangan salah sangka pulak ye..saya bukanny nak bertunang or nikah ok...my speckie-kampung boy belum jumpa lagi okey...jadi lambat lagi la untuk itu...ngee...:D

Well, sebenarnya menunggu tarikh 26 Mac 2012 nie bukannya apa..nak layan drama terbaru terbitan metrowealth ni..yela, adaptasi dari novel favourite saya kan..haruslah tengok...hehehe...Drama Cinta Buat Emelda lakonan Fizo Omar, Almy Nadia, & adik Mia sebagai teraju utama tuh..hopefully hasilnya seindah yang dilakarkan dalam novel la ye..taklah menghampakan seperti Gemersik Kalbu & Bicara Hati yang dah ditayangkan tu..huhuhu...

erk..tak tau lah kenapa GK & BH tu xley nak terima...maybe sebab pelakon dia kot....hahahhahaa...tapi hero GK itu dah sesuai dah....lalalla...*menggediks jer..* BH pulak memang langsung tak tertarik untuk tengok...yg nie betul2 tak tau sebab apa..gandingan yg kurang sesuai kot...hahaha..suka suki aku jer..penat jer orang tu berlakon...well, dah tak gemor nak wat camno kan...kepada yang minat tu dipersilakan meneruskan minat kalian ye...*peace yo*

Saturday, March 17, 2012

Seaching for my speckie-kampung boy…

Salam n hye all…waahhh…dah lama kot aku tak update blog ku yg tak semenggah nie..almaklumlah terlebey busy skrg nie kan..busy menternak lemak aje pun…muahahaha…dah baca tajuk entri kan..??? ish3..cik anna nie nak mencari speckie-kampung boy pulak ker…?/ ade sape2 yg memiliki criteria yg disebutkan kah..?? bley la nak isi form ye..wakakaka…sengal betul lah minah sorang nie…merapu tak abih..:P

Well, sebenarnya nak bercerita tentang novel yg aku baca minggu lepas iaitu kampung girl..tapi intro punyalah panjang dan tak berkaitan langsung…hehe…biasalah kan nak panjangkan entri..hikhikhik..:D Novel kampung girl nie hasil nukilan Umi Kalsom kat blog my-karya dreamer tu…klu sesape penah layan blog tu mesti tahu betapa menariknya novel yg bermula sebagai e-novel sebelum dicetak…klu tak best tak bagitau la kan..pulak tu sampai 2x khatam baca tu within a week..kiranya novel tu menarik perhatian bagi aku la kan..orang lain tak tau la pulak..ngee…;)

Bagi sesape yg berminat dgn karya-karya yg gaduh-gaduh manja dan perang mulut dgn saling sindir-menyindir tu, bolehlah dapatkan novel nie kat pasaran ye..watak Ainnur & Ashraf tu sememangnya buat pembaca tersenyum sorang2..dengan sikap selamber Ainnur dan bakal mak mertua dia tu yang berpakat nak kenakan si Ash keras kepala tue, memang wat pembaca nak gelak jer..sangat mencuit hati..tambah2 pulak dengan gaya bahasa yg santai dan ringkas tu..sesuai la dibaca tuk semua lapisan masyarakat..jalan cerita pun xdelah complicated sgt sampai pembaca pening kepala nak paham kan..jadi tuk sesape yg berminat bley la dapatkan dipasaran ye…muahaha…

Till then, see ya guys..:)

Friday, January 20, 2012

Kegembiraan dan kedukaan..

Salam n hye all....

Jumpa lagi kita hari ini..tiada ape yang nak diperkatakan cuma nak berkongsi...dalam kehidupan ini, kita tak lari dari melakukan kesilapan, mengecapi kegembiraan dan kebahagiaan, serta mengalami kedukaan dalam tempoh sehari..malahan dalam beberapa minit sahaja kegembiraan boleh bertukar menjadi kedukaan..jadi hargailah apa yang ada di depan mata sebelum kita menyesali kehilangannya di kemudian hari...cewah..,panjang je aku punya intro ye...renung-renungkanlah ye kawan2 semua..;)

Disebelah pagi kita dikhabarkan dengan berita gembira mengenai perkahwinan Ally Iskandar dan pasangannya Farah Lee di Terengganu...well, nak la juga berkongsi kan dengan semua orang especially peminat2 Ally la kan..selepas bermacam dugaan dan kontroversi, akhirnya bernikah juga..syukur alhamdulillah dengan kemudahan dan nikmat yang Allah kurniakan buat dirinya..Tahniah dan semoga berbahagia sepanjang hayat hendaknya...

Disebelah petang pulak kita dikhabarkan pula dengan berita duka pemergian Allahyarham Izwan Pilus akibat jangkitan kuman dalam darah...terkejut juga bila baca di Twitter FBI petang tadi..tapi dah memang ajal dia dan ketentuan Illahi kan..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman dan bertakwa.. salam takziah juga diucapkan untuk keluarga arwah...sesungguhnya kita tidak tahu bila ajal datang menjemput,  moga2 pemergian sahabat-sahabat dan keluarga di sekeliling kita memberi pedoman dan iktibar buat kita dalam meneruskan kehidupan yang lebih bermakna..

Monday, January 16, 2012

2012..new days are coming..

Salam n hye all...

Ape kabar sumenya..? hopefully sumenya sihat la ye..well, dah 16 hari kita melangkaui tahun 2012 nie..baru aku berkesempatan nak mengarang kat blog nie..ape2 pun, aku nak ucap Selamat Tahun Baru 2012 untuk sume dulu la ye...hopefully, di tahun baru nie, kita semua terus mendapat keberkatan dan keceriaan di hari-hari seterusnya dan mungkin juga akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni..insyaAllah..;)

Well, memandangkan ni adalah entri pertama untuk tahun nie..aku nak cerita pasal ape ye..?? haa...kita citer pasal harapan aku di permulaan tahun baru ni la ye...well, mestilah mengharapkan yang terbaik pada kehidupan aku pada masa-masa kan datang ye..moga-moga aku terus cekal dan tabah la mengharungi hari-hari yang mendatang..yela, kita mana nak tau ape yang bakal terjadi di masa depan kan..?? kena cari keje cepat-cepat la nampaknya..so, sape2 ade kerja kosong kat luar sana boleh la bagitau ye...hehe...n then, harapnya aku dapat mencari masa untuk terus update blog aku yang tak semenggah ni...tingkatkan prestasi demi memajukan diri pun iye juga...muahaha....last but not least, mencari si jejaka berkaca mata...anyone..???lalalala....

Dah la..ntah ape2 aje aku dah merapu nie...nantikan entri seterusnya berkaitan life aku ye...novels, football, k-drama, jejaka berkaca mata dan apa-apa saja yang menarik perhatian aku la untuk dijadikan sajian di muka blog aku nie..till then, see ya all in da next entry..;)

Sunday, November 27, 2011

Harimau longlai terluka..

Salam n hye all..

ape kabar sume? Agak sunyi jantung hati aku nie..baru berkesempatan nak update..agak busy kebelakangan nie..;) muahaha..busy la sangat kan..yela, siapkan report sume, n then kena pegi kem 4 hari 3 malam, then, siapkan report lagi…walopun x buat sebenarnya..hahaha..busy kuar jalan2 n tido pun iye juga..ngeh3…

Stop all da merapu things la cik ana oi..tadi pegi dinner, kebetulan ada game kelayakan Olimpik, layan la kejap..kejap x kejap, sampai abes game jugak la kan..at first, quite impress la kan sebab Harimau Muda tengah leading 1-0..pastu tambah gol lagi..congrats to all of them at that moment..however, for da last 10 minutes memang sakit ati sgt..sume dah kelam kelibut main..fokus ntah ke mana dah..game yang sepatutnya our team boleh menang, tapi bg kemenangan percuma kat skuad lawan..sape yang x frust kan..dah la dalam tempoh 10 minutes je team lawan boleh score 3 gol..nampak sgt silap kat team kita yang dah longlai dan hilang fokus..seolah2 dah konfiden dorang dah menang sedangkan pihak lawan masih bermati-matian cari gol…huhu…

Ape2 pun, ni boleh jadi pengajaran kat team Harimau Muda nie pada masa akan datang..bukan kali ni je, keadaan hilang fokus ni berlaku..dah banyak game sebenarnya…macam mana ye nak bagi dorang nie stay fokus sampai ke akhir game..??? masing2 kenalah tanya diri sendiri kan..somehow, congratz to all la..semoga terus meningkat tuk game seterusnya..teruskan berjuang guys..!!!

Saturday, November 19, 2011

Time to relax, but...

Salam n hye all...

Alhamdulillah, dah abes dah study untuk tempoh 4 tahun..harapnya semuanya ok la lepas nie...case pesentation baru je abes semalam..somehow, all da reports and assignments dat are needed to be submit still incomplete... sepatutnya dah boleh enjoy dah..tapi biasalah kan..cik ana ni kan manusia yang paling malas..kerja bertangguh aje...huhuhu...

Semua keje tu mesti siap esok..pagi2 hari isnin dah nak kena submit..n then nak kena pegi Kempville Resort pulak...camping x penah nak abes..huhu...klu melancong kan best...muahaha...tapi xpela untuk dapat pengalaman kan bagus tu..positif thinking yea..;)

Ingatkan nak layan game Malaysia vs Myanmar petang nie..tapi tak tau la bleh tgk ke tak..huhu...ape2 pun, nak wish gud luck tuk semua players la...all da best ok...Malaysia Boleh gitu...hehe..till then c ya...:))

Friday, November 18, 2011

yippee...dah abes presentation..:)

Salam n hye all...

masa untuk nervous dah abes dah...sbb presentation dah siap dah walaupun x sesempurna yang diinginkan...feel so release actually because finally it's done..muahahaha....time to relax my mind for a little while...hahaha..sape nak join saya gi jalan2...? :)

semestinya banyak yg aku dapat dari case presentation nie...reality is totally different from theory..learning from experience is the best teacher...comments from da panelist is useful and beneficial in terms of giving advise and suitable techniques in coping with cases....:)

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha...

Salam n hye all....

Jumpa lagi kita untuk entri hari raya nie..mesti korang tengah kusyuk beraya kan..?? ape2 pun, selamat beraya dan jangan sampai terkorban pulak ye..walaupun hari nie adalah hari raya qurban...sepinya raya tahun nie...yelah, cuti pun sekejap, jadi tak ramai yg pulang beraya ke kampung kalau nak dibandingkan dengan raya aidilfitri...tapi kalau ikutkan makna, raya aidiladha nie lebih bermakna kepada umat Islam sebenarnya...huhu..

Sebenarnya, xdela nak berceloteh panjang lebar..just nak merakamkan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA a.k.a HARI RAYA QURBAN a.k.a HARI RAYA HAJI untuk semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia nie...semoga raya kali ini membawa lebih makna dan peringatan buat kita semua...selamat berhari raya dan berkorban kawan2 semua...Amin...:))

Friday, November 4, 2011

Damn..terpengaruh sudah...!!

hye all....
hari nie tak mau cite panjang..just nak share this two songs..hailoh..,memang betul2 terpengaruh dgn those yg minat lagu nie...walopun agk lambat tapi bila makin lama dengar these two songs, makin tertarik pulak..hahaha.. dah jadi budak remaja sekolah lak sekrang rasanya...muahaha...

first song, Pokok by MUH feat Hazama....interesting song..!!


second song, cinta mukabuku by Najwa Latif...yg ni comey jer..hahahaha..


aku pilih vc nie sebab nak lirik sekali..hehe..tapi cinta muka buku punya official video lagi sweet...;)
enjoy guys..!!

Friday, October 14, 2011

Cuti2 bersama mereka @Pahang…

Assalamualaikum n hye all…

This week ai nak story pasal kisah ai pergi bercuti (iyelah sangat kan)..padahal jadi baby-sitter tuk anak-anak remaja yg nak main bola untuk kejohanan bola sepak sekolah premier…tapi x kesah la kan, janji ai pun dapat pegi jalan2 hilangkan stress yg semakin hari rasanya semakin naik nie..hukhukhuk…kiranya sambil menyelam kita berenang la juga kan…FOC gitu..sape xnak kan..?? lalalala…





Orait, cuti2 @Pahang nie selama 3hari 2malam..menarik la juga kan..dah la xde guru pengiring perempuan pun..well, only 4 of us sahaja girls, yg lain semuanya boys & men..huhuhu.haru betul la..dah la dorang nie pegi pun xde sebarang harapan, just to enjoy the tournament as well as to bermandi-manda kat Bukit Gambang Waterpark…budak2 nie memang la..tapi memang tak dijangka la, tetiba dapat masuk final kat tournament nie..dorang pun unbelievable..terkejut jer dgn keputusan yg tak disangka tuh…tersangatlah bertuah kot sbb ade cheerleaders 4 org nie walopun sekadar mendapat naib juara..compare ngn sebelum nie yg langsung x lepas group stage..muahahaha…

  

Well, dah penat nak celoteh panjang lebar..just enjoy few snaps yg sempat di rakam nie..hehe….boys over flower betul la…memorable experience anyway..:)



  
bye2 all...see yea...:)

Friday, October 7, 2011

what a boring day...

hye all...

sememangnya dah lama tak menghapdate my blog..quite missing it...hehe..well, no hot news to tell n story..so, better silence la kan...;)

ingatkan dis week nak balik ganu tapi terasa macam malas pulak..penghabisannya aku duk sorang2 kat hostel..huhu..xpela nak wat camne kan...luckily dis week students x balik, jadi xdela sunyi sangat...dat's another reason why i did not back home..klu aku balik dis week, xkn la next week pun aku nak balik lagi kan..? memang tak ar jawabnya..huhu...

ingatkan nak update story pasal lawatan ke kuantan baru-baru nie tapi xde mood la pulak..next time jer la update dat story walopun dah basi..ada aku kesah..? ni blog aku so lebih kurang my diary la kan..hehe..till then see ya...oh yea, siang tadi sempat jumpa Aidid Marcello sempena Soccer Kids kat kelantan..walopun x sempat snap gambar tapi dapat tgk live tu kira ok ler..hahaha.....


Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri...yeah, dah rayer..:)

Assalamualaikum n hye all...

well, xde nak berleter banyok2 ari nie..pagi doh pung..nop tido plop..hehe..cumanya nop ucap selamat ari raye aidilfitri kat sume yg sudi jenguk dan baca blog saye yang dop seberape nie..harap2 nya sambutan perayaan tahun nie lebih bermakna dan membahagiakan berbanding tahun2 sebelum nie.. klu ade salah silap, terkasar bahasa dan silap tingkah tue, harap dimaafkan lah yea...kiranya 0-0 la deh...akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN....:))




Sebab aku nie peminat setia MANCHESTER UNITED dan bersempena UNITED menang lawan Arsenal kelmarin..aku nak share la ngn korang pantun raya yg menarik nie..hehehe...rivals team len jgn nak menyampah lak yea..muahahaha...

MU lapan Arsenal dua,
Gembira hati tidak terkata,
Ramadhan hampir meninggalkan kita,
Menandakan Raya sudah tiba.

Rooney hatrick Young dua,
Satu dari welbeck park nani,
Org muda tinggalkan kota,
Pulang ke desa sambut Aidilfitri.

Fergie gembira tidak terperi,
Melihat de Gea save penalti,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah silap harap dimaafi..

p/s...copy n paste sini plop..macam menarik jah..:)

Tuesday, August 23, 2011

Penyeliaan Pertama...


Assalamualaikum n hye all…

Pejam celik pejam celik dah hampir separuh jalan aku berinternship..huhu..dah 5 minggu rupanya tapi rasanya masih banyak yg tertinggal untuk aku catch-up dan seterusnya menghabeskan sesi intern kali nie..adoyai.. pening + kosong = serabut dah jadinya diri aku neh..nwey, hopefully I’ll be able to complete all the requirements needed for the last 9th weeks left.

Oh yea, semalam madam supervisor datang melawat dan supervised kitaorg..at first, rasa takut dan nervous la jugak kan..tapi bila madam dah muncul depan mata, automatically, dah tak rasa apa-apa.. feeling empty inside and out…terasa diawang-awangan jer..minda langsung x berfungsi..kebetulan pulak pada masa tu, ada sorang student ni a.k.a my client la jugak kan..tetiba memunculkan dirinya untuk wat sesi..ops..memang tak terkata la aku jawabnya..!! dah la dalam kepala memang tak ready nak wat sesi, tetiba datang pulak klien kesayangan nie..apalagi, madam kesayangan pun cakap la..”ok, good Farhana..i’ll observe your session today..”

Err…menggelabah ar aku jawabnya..luaran nampak jer cool and steady tapi padahal dalaman nie rasa macam nak pengsan aje..dah la x prepare satu ape pun.. well, willy-nilly kenalah juga wat sesi kan..kalau memang tak tengok, sampai sudah xtahu kelemahan sendiri kan..?? Redha dalam keterpaksaan ar jawabnya..hukhukhuk.. set-up la sesi dgn klien nie sambil diselia oleh madam..luckily, my client nie sporting and supportive..tak banyak ragam and karenah, jadi sesi pun ikut flow jer la walaupun dalam keadaan yang agak kritikal..all things happened spontaneously…Alhamdulillah, everything was fine..lega sebab sesi agak berjaya walaupun masih ada yang kurang..nampaknya lepas nie kenalah lipat-gandakan usaha lagi untuk penuhi requirement tu semua..
 

Well, rasanya tu jer kot nak berkongsi ngn korang tuk hari nie..next time, I’ll story again ye..hehe…till, then see u guys…tak sabar nak bercuti walaupun setakat seminggu aje..macam x puas aje duk kat umah seminggu tu..xpe2…lepas abes intern nie boleh duk rumah lama2 ye cik ana..dun worry, insyaAllah..:))
 

Saturday, August 20, 2011

Raya Semakin Terasa....

Assalamualaikum n hye all...

Lagi 2 minggu nak raya..mood raya pun dah semakin terasa apabila lagu-lagu raya berkumandang dengan rancaknya di saluran radio tempatan...malahan baru seminggu puasa, lagu raya dah ada untuk pendengar sekalian..memang tak patut..yela kan, kot iye pun nak raya, agak-agak la..puasa baru seminggu, tapi putar lagu raya macam lagi seminggu nak raya...mencemar kemuliaan bulan ramadhan aje..huhu..

Well, tu berkenaan lagu raya yang bersiaran kat radio, sekarang ni nak cakap pasal shopping lak..yelah, last week kan aku turun KL..ingatkan nak shopping tapi akhirnya niat terkubur begitu saja bila melihat keadaan shopping complex yang dipenuhi dengan insan-insan yang tersangat gilakan shopping..huhu..( FIY, aku bukanlah seorang yang gemar bershopping melainkan apabila perlu sahaja..) memang pening giler ar tengok keadaan tuh.. baru seminggu lebih BERPUASA, tapi ramai yang dah memenuhi shopping complex untuk persediaan hari raya..hailoh...betul2 menakjubkan rakyat Malaysia neh..

Memandangkan semalam kat sini cuti, aku pun ambil peluang neh keluar ke pusat membeli-belah untuk melihat suasana dan mungkin juga membeli untuk famili kat umah...bukan untuk diri sendiri ye..diingatkan sekali lagi, aku bukanlah jenis yang suka bershopping...huhu..jadinya kalau ade TERbeli sesuatu tu memang ajaib la..hahahaha...(memang dah TERbeli sesuatu dah pun..ngeee...)

Well, sebab TERbeli barang tu sebenarnya suasana kat shopping complex tu agak tenang dan tidak serunsing serta sesak seperti di KL...dat's why la aku bleh TERhulurkan ongkos kat cashier tuh..muahahaha...pandai aje cari alasan...mengarut lak tuh..ape2 jer la NFS oii....janji dah selamat dah baju raya untuk anak buah aku tuh..pening kepala memilih...hukhuk...balik ganu sambung shopping tuk parents la pulak..tuk diri sendiri memang xdela gamaknya..hahaha...