Showing posts with label hana hideaki. Show all posts
Showing posts with label hana hideaki. Show all posts

Monday, November 30, 2020

Review: Novel Kenangan Terindah Karya Hezzy Azra

 Assalamualaikum & hai semua...

Hari ini ingin melunaskan janji untuk menulis sedikit maklum balas tentang novel yang baru di baca iaitu Kenangan Terindah. Novel kedua nukilan penulis Hezzy Azra. Salah seorang penulis yang begitu bersahaja dalam penulisannya. Terasa seronok untuk meneruskan hasil karya beliau. Terima kasih Kak Hezzy. ☺

Untuk novel KT ni, apa yang dapat saya kongsikan..jalan ceritanya menarik, tidak begitu berat mainan emosinya tetapi bila awal-awal baca tu, menyampah sungguh la dengan Ridzwan ni.. Hello, ko ingat semua apa yang ko nak tu,boleh dapat ke??? haa...gitu ler... ingatkan awal je nyampah dengan Ridzwan ni..sekali mmg sampai abis..hahahahaha

Seperti biasa dalam karya Kak Hezzy... kisah kekeluargaan & persahabatan merupakan elemen utama. Sesuatu yang positif apabila keluarga & sahabat saling sokong menyokong dan bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu isu. 

Karya kedua Kak Hezzy, tetapi karya terakhir yg saya baca setakat ini..hehe.. Untuk karya ni, saya bagi 3 ★★★ and half ye kak... Terima kasih kak kerana menghasilkan karya yang santai tetapi bermaklumat kepada pembaca. Tak sabarrr nak baca karya yang seterusnya....teruskan berkarya akak...❤❤❤

Saturday, March 17, 2012

Seaching for my speckie-kampung boy…

Salam n hye all…waahhh…dah lama kot aku tak update blog ku yg tak semenggah nie..almaklumlah terlebey busy skrg nie kan..busy menternak lemak aje pun…muahahaha…dah baca tajuk entri kan..??? ish3..cik anna nie nak mencari speckie-kampung boy pulak ker…?/ ade sape2 yg memiliki criteria yg disebutkan kah..?? bley la nak isi form ye..wakakaka…sengal betul lah minah sorang nie…merapu tak abih..:P

Well, sebenarnya nak bercerita tentang novel yg aku baca minggu lepas iaitu kampung girl..tapi intro punyalah panjang dan tak berkaitan langsung…hehe…biasalah kan nak panjangkan entri..hikhikhik..:D Novel kampung girl nie hasil nukilan Umi Kalsom kat blog my-karya dreamer tu…klu sesape penah layan blog tu mesti tahu betapa menariknya novel yg bermula sebagai e-novel sebelum dicetak…klu tak best tak bagitau la kan..pulak tu sampai 2x khatam baca tu within a week..kiranya novel tu menarik perhatian bagi aku la kan..orang lain tak tau la pulak..ngee…;)

Bagi sesape yg berminat dgn karya-karya yg gaduh-gaduh manja dan perang mulut dgn saling sindir-menyindir tu, bolehlah dapatkan novel nie kat pasaran ye..watak Ainnur & Ashraf tu sememangnya buat pembaca tersenyum sorang2..dengan sikap selamber Ainnur dan bakal mak mertua dia tu yang berpakat nak kenakan si Ash keras kepala tue, memang wat pembaca nak gelak jer..sangat mencuit hati..tambah2 pulak dengan gaya bahasa yg santai dan ringkas tu..sesuai la dibaca tuk semua lapisan masyarakat..jalan cerita pun xdelah complicated sgt sampai pembaca pening kepala nak paham kan..jadi tuk sesape yg berminat bley la dapatkan dipasaran ye…muahaha…

Till then, see ya guys..:)

Friday, January 20, 2012

Kegembiraan dan kedukaan..

Salam n hye all....

Jumpa lagi kita hari ini..tiada ape yang nak diperkatakan cuma nak berkongsi...dalam kehidupan ini, kita tak lari dari melakukan kesilapan, mengecapi kegembiraan dan kebahagiaan, serta mengalami kedukaan dalam tempoh sehari..malahan dalam beberapa minit sahaja kegembiraan boleh bertukar menjadi kedukaan..jadi hargailah apa yang ada di depan mata sebelum kita menyesali kehilangannya di kemudian hari...cewah..,panjang je aku punya intro ye...renung-renungkanlah ye kawan2 semua..;)

Disebelah pagi kita dikhabarkan dengan berita gembira mengenai perkahwinan Ally Iskandar dan pasangannya Farah Lee di Terengganu...well, nak la juga berkongsi kan dengan semua orang especially peminat2 Ally la kan..selepas bermacam dugaan dan kontroversi, akhirnya bernikah juga..syukur alhamdulillah dengan kemudahan dan nikmat yang Allah kurniakan buat dirinya..Tahniah dan semoga berbahagia sepanjang hayat hendaknya...

Disebelah petang pulak kita dikhabarkan pula dengan berita duka pemergian Allahyarham Izwan Pilus akibat jangkitan kuman dalam darah...terkejut juga bila baca di Twitter FBI petang tadi..tapi dah memang ajal dia dan ketentuan Illahi kan..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman dan bertakwa.. salam takziah juga diucapkan untuk keluarga arwah...sesungguhnya kita tidak tahu bila ajal datang menjemput,  moga2 pemergian sahabat-sahabat dan keluarga di sekeliling kita memberi pedoman dan iktibar buat kita dalam meneruskan kehidupan yang lebih bermakna..

Tuesday, September 6, 2011

Entry Raya - Pra-Hari Raya..:D

Assalamualaikum n hye all...

Dah lama x update kan blog nie..?? asyik tinggal bersawang aje...hehe..entri hari ni perihal aktiviti sebelum raya.. orang dah beraya, dia duk sibuk bercerita pasal sebelum hari raya pulak ye..hehe..just wanna share a story with u all..kenapa..?? sebabnya nak wat entri bersiri selepas ini..haha..koya molek jah...:D

...pelajar2 yang bersuka-ria sebab x belajar hari tu..


Ape yg pra-hari raya nya..?? Bukan persiapan hari raya ye kawan2 semua..ini adalah berkenaan majlis sambutan hari raya sebelum tiba masanya..hahaha..kisah ini bermula apabila..cewah...iye2 jer nak bercerita ye..xdela, sekarang ni kan aku tengah intern kat SIC nie..well, pengalaman pertama intern di sini beserta pertama kali menyambut hari raya sebelum tiba masanya..hehe..agak menarik sebenarnya sebab semua warga sekolah berpakaian hari raya..berbaju melayu dan berbaju kurung tradisi masyarakat melayu..(walaupun bukan baju raya sebenarnya..) :))

..nak ke mana tu cikgu-cikgu semua..??


Sebenarnya majlis nie lebih kepada sesi bermaaf-maafan diantara cikgu dan pelajar serta warga sekolah..jadinya mood hari raya dijelmakan lebih awal..tambahan pula sebagai peringatan kepada pelajar2 agar lebih memanfaatkan cuti perayaan dengan perkara2 yg berfaedah selain daripada bermain mercun tuh.. kiranya majlis serampang bermata2 la nie...hehe..dah penat nak taip panjang2..let's see few snaps about what was happening...:))


suka yer dapat duit raya?? cikgu senyum nak x nak aje..:D
hepi sungguh dia nie dapat kacau org ye..


nie dengar pesanan ker temenung nak balik kg nie...??

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri...yeah, dah rayer..:)

Assalamualaikum n hye all...

well, xde nak berleter banyok2 ari nie..pagi doh pung..nop tido plop..hehe..cumanya nop ucap selamat ari raye aidilfitri kat sume yg sudi jenguk dan baca blog saye yang dop seberape nie..harap2 nya sambutan perayaan tahun nie lebih bermakna dan membahagiakan berbanding tahun2 sebelum nie.. klu ade salah silap, terkasar bahasa dan silap tingkah tue, harap dimaafkan lah yea...kiranya 0-0 la deh...akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN....:))




Sebab aku nie peminat setia MANCHESTER UNITED dan bersempena UNITED menang lawan Arsenal kelmarin..aku nak share la ngn korang pantun raya yg menarik nie..hehehe...rivals team len jgn nak menyampah lak yea..muahahaha...

MU lapan Arsenal dua,
Gembira hati tidak terkata,
Ramadhan hampir meninggalkan kita,
Menandakan Raya sudah tiba.

Rooney hatrick Young dua,
Satu dari welbeck park nani,
Org muda tinggalkan kota,
Pulang ke desa sambut Aidilfitri.

Fergie gembira tidak terperi,
Melihat de Gea save penalti,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah silap harap dimaafi..

p/s...copy n paste sini plop..macam menarik jah..:)

Tuesday, August 23, 2011

Penyeliaan Pertama...


Assalamualaikum n hye all…

Pejam celik pejam celik dah hampir separuh jalan aku berinternship..huhu..dah 5 minggu rupanya tapi rasanya masih banyak yg tertinggal untuk aku catch-up dan seterusnya menghabeskan sesi intern kali nie..adoyai.. pening + kosong = serabut dah jadinya diri aku neh..nwey, hopefully I’ll be able to complete all the requirements needed for the last 9th weeks left.

Oh yea, semalam madam supervisor datang melawat dan supervised kitaorg..at first, rasa takut dan nervous la jugak kan..tapi bila madam dah muncul depan mata, automatically, dah tak rasa apa-apa.. feeling empty inside and out…terasa diawang-awangan jer..minda langsung x berfungsi..kebetulan pulak pada masa tu, ada sorang student ni a.k.a my client la jugak kan..tetiba memunculkan dirinya untuk wat sesi..ops..memang tak terkata la aku jawabnya..!! dah la dalam kepala memang tak ready nak wat sesi, tetiba datang pulak klien kesayangan nie..apalagi, madam kesayangan pun cakap la..”ok, good Farhana..i’ll observe your session today..”

Err…menggelabah ar aku jawabnya..luaran nampak jer cool and steady tapi padahal dalaman nie rasa macam nak pengsan aje..dah la x prepare satu ape pun.. well, willy-nilly kenalah juga wat sesi kan..kalau memang tak tengok, sampai sudah xtahu kelemahan sendiri kan..?? Redha dalam keterpaksaan ar jawabnya..hukhukhuk.. set-up la sesi dgn klien nie sambil diselia oleh madam..luckily, my client nie sporting and supportive..tak banyak ragam and karenah, jadi sesi pun ikut flow jer la walaupun dalam keadaan yang agak kritikal..all things happened spontaneously…Alhamdulillah, everything was fine..lega sebab sesi agak berjaya walaupun masih ada yang kurang..nampaknya lepas nie kenalah lipat-gandakan usaha lagi untuk penuhi requirement tu semua..
 

Well, rasanya tu jer kot nak berkongsi ngn korang tuk hari nie..next time, I’ll story again ye..hehe…till, then see u guys…tak sabar nak bercuti walaupun setakat seminggu aje..macam x puas aje duk kat umah seminggu tu..xpe2…lepas abes intern nie boleh duk rumah lama2 ye cik ana..dun worry, insyaAllah..:))
 

Saturday, August 20, 2011

Raya Semakin Terasa....

Assalamualaikum n hye all...

Lagi 2 minggu nak raya..mood raya pun dah semakin terasa apabila lagu-lagu raya berkumandang dengan rancaknya di saluran radio tempatan...malahan baru seminggu puasa, lagu raya dah ada untuk pendengar sekalian..memang tak patut..yela kan, kot iye pun nak raya, agak-agak la..puasa baru seminggu, tapi putar lagu raya macam lagi seminggu nak raya...mencemar kemuliaan bulan ramadhan aje..huhu..

Well, tu berkenaan lagu raya yang bersiaran kat radio, sekarang ni nak cakap pasal shopping lak..yelah, last week kan aku turun KL..ingatkan nak shopping tapi akhirnya niat terkubur begitu saja bila melihat keadaan shopping complex yang dipenuhi dengan insan-insan yang tersangat gilakan shopping..huhu..( FIY, aku bukanlah seorang yang gemar bershopping melainkan apabila perlu sahaja..) memang pening giler ar tengok keadaan tuh.. baru seminggu lebih BERPUASA, tapi ramai yang dah memenuhi shopping complex untuk persediaan hari raya..hailoh...betul2 menakjubkan rakyat Malaysia neh..

Memandangkan semalam kat sini cuti, aku pun ambil peluang neh keluar ke pusat membeli-belah untuk melihat suasana dan mungkin juga membeli untuk famili kat umah...bukan untuk diri sendiri ye..diingatkan sekali lagi, aku bukanlah jenis yang suka bershopping...huhu..jadinya kalau ade TERbeli sesuatu tu memang ajaib la..hahahaha...(memang dah TERbeli sesuatu dah pun..ngeee...)

Well, sebab TERbeli barang tu sebenarnya suasana kat shopping complex tu agak tenang dan tidak serunsing serta sesak seperti di KL...dat's why la aku bleh TERhulurkan ongkos kat cashier tuh..muahahaha...pandai aje cari alasan...mengarut lak tuh..ape2 jer la NFS oii....janji dah selamat dah baju raya untuk anak buah aku tuh..pening kepala memilih...hukhuk...balik ganu sambung shopping tuk parents la pulak..tuk diri sendiri memang xdela gamaknya..hahaha...

Friday, August 12, 2011

Langsung takde pertimbangan!!

Assalamualaikum n hye all...

dah lama tak update n menulis rasanya...tetiba hari nie terjadi sesuatu diluar jangkaan, so nak kena luahkan juga untuk kurangkan rasa sakit hati dan bersihkan fikiran yang tengah serabut nie..lebih2 lagi dibulan puasa yang mulia nie..memang ar x elok nak mencemuh orang tapi memang dah tak tahan dowh..sakit ati jer..mintak pertimbangan benda simple pun jadi complicated...

ape cer..? huhu..tadi pi la kat ofis hostel kan..xnk la bgtau hostel mana nantikan buruk2kan nama hostel nie pulak..confidentiality itu penting ok walopun sakit ati..huhu...alkisahnya, tadi aku gi la ofis nak pinjam kunci bilik.. bukan nak pinjam lama pun, 5 minit jah..tapi langsung xnk bagi..x considerate langsung..(err..tuk makluman sume, sekarang nie cuti sem ye..:D) 

back to da story, akak ofis tu cakap x boleh..n then tak lama lepas tu dia cakap mintak izin dengan principal dulu, klu principal bg then dapat la...jenuh gak la merayu..bukannya takde alasan kukuh..ade jer..yela next sem aku bukannya duk hostel..takkan nak tinggal barang2 tu camtu jer..for sure klu aku wat LOC, akan ade student masuk utk ganti kekosongan yg ada tue.. pastu nanti aku gak yg kena sbb kunci loker n tinggal barang dlm bilik..huhu..for sure kena compound la..

lepas dah jenuh merayu n kuar air mata nie baru la bagi..tu pun lepas aku cakap principal bg izin...klu tak, memang xkan dapat sampai sudah la..tunggu ajer surat compound ar buka sem nanti...huhu...pe2 pun terima kasih kepada yg atas sbb bg kebenaran dan memahami keadaan aku yg tgh terdesak nie...really appreciate it..kepada kakak ofis tu, jangan lah berlagak sangat dengan student..dah la sebelum aku tu, dah ade student yg kena dgn dia..orang nak berurusan dia wat acuh tak acuh jer..baik duk umah jer klu cam tu..pe daa..

ok ar, tu je tuk setakat nie..walopun ade lagi yg x terluah..tapi tak nak la lebih2 dibulan puasa nie..dah kurus dah puasa aku sebab duk kutuk orang...huhuhu..c ya..i'm in da bad mood ok..!!


Wednesday, August 3, 2011

Internship..new experience and environment!!

Assalamualaikum n hye all...

jumpa lagi kita hari nie..alhamdulillah, dah 3 hari kita semua menjalani ibadah puasa..pi terawih tak nie kawan2..?? hehe...tanya kat orang pulak..diri sendiri tu xnak tanya ker..?? muahaha..

well, my internship dah berlalu nak dekat dua minggu..baru hari nie berkesempatan nak mencoretkan ape yg terjadi kat sekolah nie..huhu..what can i say...?/ boys school..different environment of course..but da most important thing it is more challenging and difficult to handle..so hyperactive..!! fening maa...

macam2 perangai boleh tengok...klu dah all boys tu, perasaan malu n segan memang dah xde dah..dorang nie memang selamba badak jer klu nak betul2 kan baju or seluar...nak landing kat mana2 pun ikut sesuka ati n selesa dia jer...dalam kelas xyah nak cakap la..terlentang sana sini..pening betul..jenuh nak mintak dorang duduk betul2 and bersopan..hadoyai..!!

pe2 hal, harapnya semua berjalan dengan lancar..all da best ya nfs..:))

Sunday, July 10, 2011

Done with Practicum & Presentation..but..??

Assalamualaikum n hye all.. 

Alhamdulillah i have done my practicum and case presentation. well, i did not really know what i have presented actually..hehe...theories should be applied well with the case but for my case..?? err..there is theory but it still inadequate i think..need to improve more..huhu..

done with presentation, now need to settle all the report things and case write-up..dah lama nak kena setel sebenarnya..tapi baru malam tadi start buat betul2..ape nak jadi ntah..nie pun relax jap sblm sambung balik.. resting for a while with milo..muahaha..jom minum..:) 

in a nutshell, practicum experience was awesome but still lots need to be improve for my internship end of this month.

Tuesday, June 14, 2011

Chipsmore..sekejap ada, sekejap xde..:D

Assalamualaikum n hye all..

alamak aii, dah lama rasanya tak update blog neh..kekangan masa yang tidak mengizinkan ye kawan2..haha.. iye2 jer mu neh cik hana oii..macam orang nak baca sangatlah ape yang mu melalut neh..AAK ok..ahaks..!!

tetiba hari nie terasa rajin lak nak update..well, setelah cbox lama dibuang, aku dah ganti ngan yg baru..muahaha..macam terlebey rajin lah pulak kan..godek punya godek..kaler classic juga jadi pilihan..hitam putih dihatiku okey..hehe...amacam ok tak..??

nak cite tu jer sebenarnya..next time kita bebel panjang lebar lagi yer..mood x bpe nak betul sebab hidung yg tersumbat akibat selesema yg duk menyerang neh..bukan stricker bola jer tau menyerang ye kawan2..virus2 pun tau menyerang mangsa2nya yg lemah..eceh wah..pandai2 aje..k la, till then, c ya...daa..:))
 

Monday, December 6, 2010

..meh join da club..

aloha kawan2 sume....

xde idea nk merapu di tengah2 malam nie sebenarnya..just nk ajak kawan2 sume join benda alah nie jer...rajin2 la klik kat link ni eh....paybox.me..n then kawan2 sume bley join sekali..hehehe...keje ini adalah hasil tunjuk ajarku sifu, cik melur...tanx yea..walopun agak blurr sbnrnya.. muahahaha....

till then, c ya..nite everybody..:)




p/s: meh le kita tekan2 deh...hanahideaki205..hehee...