Showing posts with label Ceritera kipas-susah-mati (isu semasa). Show all posts
Showing posts with label Ceritera kipas-susah-mati (isu semasa). Show all posts

Wednesday, December 2, 2020

Hello Disember, please be nice and awesome to all of us!!

Assalamualaikum dan selamat malam semua....

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk berbakti dan berjuang pada hari ini untuk hari-hari kita yang mendatang. Sudah 2 hari Disember memunculkan dirinya. Covid19 masih ada di luar sana. Sama-samalah kita semua menjaga diri dan kesihatan dengan mengamalkan saranan yang dikeluarkan oleh KKM. ☺

Sesi persekolahan masih diteruskan dengan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR). Cabarannya sangatlah tinggi untuk mengajak anak-anak murid sama-sama mengikuti sesi pembelajaran ini. Ye..dah banyak intervensi yang dilakukan untuk menarik minat murid untuk ikuti kelas online, tetapi masih ada yang leka dan seronok apabila berada di rumah. Tambahan lagi dengan gajet yang diberikan oleh ibu bapa asalnya untuk pembelajaran tetapi ada sesetengahnya menyalahgunakannnya untuk lebih kepada gaming dan media sosial. Sikap anak-anak ini hanya merugikan mereka bukannya orang lain. Tiada salahnya untuk bermain games, bermedia sosial, bertik-tok dll, tetapi keutamaan haruslah diberikan kepada jadual kelas online yang disediakan. Inilah dia cabaran dunia pendidikan hari ini.

Kesian melihat guru-guru veteren yang bertungkus-lumus mempelajari kecanggihan teknologi untuk mengajar anak-anak murid tersayang,tetapi respon yang sedikit amatlah mengecewakan. Syabas dan tahniah guru-guru. Anda telah mencuba dan mnyiapkan diri tetapi anak-anak masih leka dengan dunia maya yang tidak terarah. Moga-moga anak-anak ini memperoleh kesedaran dari dalam diri untuk kepentingan dan kejayaan masa hadapan mereka.

Monday, June 20, 2011

Delay: Skuad Penyu Champions!!

Assalamualaikum n hye all...

first of all, maaf ler u all sume..walopun berita nie agak ketinggalan, aku nak wat entri gak..yela, team negeri kesayangan aku kan..mesti nak wat memori gak kan..hahaha.. 


ok, skuad PENYU menang FA Cup lagi kali nie..tuk kali kedua..tahniah tuk pemain2 sume yg bertungkus-lumus dan berhempas-pulas menamatkan permainan dgn jayanya..hehe..hopefully, korang sume bley la tingkatkan lagi prestasi tuk baki perlawanan liga yg sedang berlangsung nie..:))


tadi tuk skuad bola sepak, skrg tuk atlit2 sukma Ganu lak..tahniah ye tuk atlit2 yg berjaya memungut medal emas yg seterusnya membolehkan negeri terengganu bergelar juara tuk 3 tahun berturut2..hatrik tuh..terbaek ar korang neh...CONGRATULATION GUYS!!

Friday, April 8, 2011

Apabila pelajar semakin hilang hormat...

Assalamualaikum n hye all...


nampaknya masalah disiplin dikalangan pelajar2 sekolah semakin meruncing sekarang nie...bukan setakat rakan2 sekelas dan seusia jer yang kena belasah..malahan cikgu pun ade sekali yg terkena..cikgu nak merungkaikan masalah tapi akibatnya cikgu yang kena belasah..cabaran menjadi guru pada zaman sekarang semakin mencabar nampaknya...

kalau cikgu tak ambil endah, cikgu yang kena komplen,..kalau cikgu pandai2 jatuhkan hukuman dan denda kepada pelajar, cikgu yang kena berhadapan dengan saman ibu bapa..alahai..jadi macam mana..?? x tegur salah, dibiarkan pun salah...


artikel nie pasal cikgu kena belasah dengan pelajar untuk meleraikan pergaduhan...kesian.. 

Saturday, April 2, 2011

Join FB again....not facebook ok...:D

Assalamualaikum n hye all... 

ok, hari ini aku join fb baru ye..well, of course la bukan facebook kan..fb baru ni adalah FaceBlog...ngee...saje je join fb baru neh..macam menarik jer kan....hahaha..peace yo..:) nak tau cmne nak join..?? silalah rajinkan diri anda ye kawan2 klik kat sini...thanks kerna sudi klik2 eh..tadaa..kawan2 sekalian dipersilakan baca syarat2 nya ye dan selamat menyertai la ye muka-blog neh...:)) 
 


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH.
 
 


Wednesday, March 16, 2011

Perlu ker..?

Assalamualaikum semua...

Sejak kebelakangan terlampau banyak kisah mengenai Tsunami di Jepun yang disiarkan dan dibicarakan...rasanya hampir kesemua saluran berita, media cetak or media elektronik bercerita mengenainya.. even tak ketinggalan jugak kat blog2 yg bercerita pasal tsunami yg melanda Jepun baru2 ini..memang sesuatu yang gempar sebenarnya..aku pun xtau nak describe macam mana...banyak kisah yang aku baca yang sesetengahnya aku rasa agak mengarut dan ada juga sesetengahnya beri pengajaran dan keinsafan pada aku.. 

yelah, kita sebagai manusia, makhluk Allah yg serba kekurangan hanya mampu merancang dan menyediakan diri daripada sesuatu musibah, tetapi Dia yg lebih Berkuasa dalam menentukan berlakunya sesuatu kejadian tu... jadinya siapa kita untuk menentang bencana alam yg sedang menimpa mereka..?

Aku bersimpati dengan mangsa2 yang tsunami di Jepun tue, even though majority of them are not Muslim but they are still human beings, creation of Allah as well....lebih2 lagi sekiranya ada Muslims n Malaysians yg terlibat dan berada di kawasan bencana..semoga Allah menyelamatkan mereka semua daripada bencana dan penyakit2 berjangkit yg lebih teruk..Amin..we should pray for them actually, perhaps they may get insight and light of faith from this incidents..who knows right..?? jadinya, kenapa perlu ada lagi certain2 kenyataan yg mampu menggoyahkan dan mencalarkan hati2 mereka yang yang berduka lara dan bersedih...banyak lagi yg boleh dilakukan selain daripada mengulas perkara2 yg x sepatutnya terhadap mereka..tak mustahil ianya membawa lebih mudarat dari kebaikan..sama2 lah kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan yer...sekadar pandangan dari aku yg memerhati ape yg berlaku...:)

till then, c u guys..!!