Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Wednesday, December 2, 2020

Hello Disember, please be nice and awesome to all of us!!

Assalamualaikum dan selamat malam semua....

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk berbakti dan berjuang pada hari ini untuk hari-hari kita yang mendatang. Sudah 2 hari Disember memunculkan dirinya. Covid19 masih ada di luar sana. Sama-samalah kita semua menjaga diri dan kesihatan dengan mengamalkan saranan yang dikeluarkan oleh KKM. ☺

Sesi persekolahan masih diteruskan dengan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR). Cabarannya sangatlah tinggi untuk mengajak anak-anak murid sama-sama mengikuti sesi pembelajaran ini. Ye..dah banyak intervensi yang dilakukan untuk menarik minat murid untuk ikuti kelas online, tetapi masih ada yang leka dan seronok apabila berada di rumah. Tambahan lagi dengan gajet yang diberikan oleh ibu bapa asalnya untuk pembelajaran tetapi ada sesetengahnya menyalahgunakannnya untuk lebih kepada gaming dan media sosial. Sikap anak-anak ini hanya merugikan mereka bukannya orang lain. Tiada salahnya untuk bermain games, bermedia sosial, bertik-tok dll, tetapi keutamaan haruslah diberikan kepada jadual kelas online yang disediakan. Inilah dia cabaran dunia pendidikan hari ini.

Kesian melihat guru-guru veteren yang bertungkus-lumus mempelajari kecanggihan teknologi untuk mengajar anak-anak murid tersayang,tetapi respon yang sedikit amatlah mengecewakan. Syabas dan tahniah guru-guru. Anda telah mencuba dan mnyiapkan diri tetapi anak-anak masih leka dengan dunia maya yang tidak terarah. Moga-moga anak-anak ini memperoleh kesedaran dari dalam diri untuk kepentingan dan kejayaan masa hadapan mereka.

Friday, April 8, 2011

Apabila pelajar semakin hilang hormat...

Assalamualaikum n hye all...


nampaknya masalah disiplin dikalangan pelajar2 sekolah semakin meruncing sekarang nie...bukan setakat rakan2 sekelas dan seusia jer yang kena belasah..malahan cikgu pun ade sekali yg terkena..cikgu nak merungkaikan masalah tapi akibatnya cikgu yang kena belasah..cabaran menjadi guru pada zaman sekarang semakin mencabar nampaknya...

kalau cikgu tak ambil endah, cikgu yang kena komplen,..kalau cikgu pandai2 jatuhkan hukuman dan denda kepada pelajar, cikgu yang kena berhadapan dengan saman ibu bapa..alahai..jadi macam mana..?? x tegur salah, dibiarkan pun salah...


artikel nie pasal cikgu kena belasah dengan pelajar untuk meleraikan pergaduhan...kesian..