Tuesday, June 13, 2023

Review 1:2023 - Sayang Tanpa Ragu (Hezzy Azra)

Salam semua.. Sudah di pertengahan Jun 2023 rupanya kita.. Cepat sungguh masa berlalu.. Jomlah kita aktifkan semula laman sesawang yang makin berkilo-kilo sawannya ni.. Haha..


Jadi.. tulisan pertama sudah semestinya berkaitan hobi pertama iaitu membaca. Dah lama juga tak baca novel ni, makin 'muda' ni terlebih-lebih 'rajin' pulak nak belek novel ni.. Hehehe.. Kekangan masa pun iye juga..


Novelis kesayangan, Hezzy Azra ada keluarkan karya terbaru sempena PABKL 2023.. Nak order online hari tu, tapi bila fikir-fikir gi jengah PABKL aje la.. Untung2 boleh jumpa akak penulis 🤭.. Nah.. Kan betul, ada penulisnya.. Tapi x sempat nak sembang lama.. Rushing hari tu.. Huhu


Sayang Tanpa Ragu...memang memenuhi citarasa.. Santai tapi ada mesej nya.. Almaklumlah, dah semakin berusia ni makin kurang rajin nak hadam kisah2 berat ni.. Haha.. 


Kisah Khalif mengajak kita untuk sama-sama melakukan kebaikan walau di mana sahaja kita berada. Do good things, insyaallah good things will come to you. Tetapi dalam berbuat baik perlulah sentiasa beringat kerana masih ada insan2 yang cuba mengambil kesempatan dalam kesulitan orang lain.


Kisah Deanna pula mengajak kita untuk telus dan jujur dalam perhubungan agar tidak memberi kesan kepada orang lain. Sekiranya tak berminat, bagitahu awal2 jadi tak de la orang ternanti2 & mengharap kepada sesuatu yg x pasti.. 
Macam aku pernah buat jer 😅 sbb tu single lagi kot


Kisah Raez pula mengajak kita untuk berfikir dengan rasional dalam setiap tindakan agar tak dipengaruhi emosi.. Tapi tu la kan, dah namanya manusia takkan terlepas dari emosi samada baik mahupun kurang baik. Walau secerdik mana pun kita, sekiranya emosi mendahului akal nescaya kesan negatif pasti berlaku. 


Apa-apa pun kisah pertemuan dalam karya akak Hezzy ada je kelainannya. Kali ni suntikan EpiPen jadi suntikan cinta pulak.. Dulu bauan petrol, jadi haruman cinta.. 😆

Yang best nya geng pokers bagi beg free. 😍



Keep on writing sis.. Insyaallah I'll always support u... GGMU ❤️❤️❤️

Wednesday, December 2, 2020

Hello Disember, please be nice and awesome to all of us!!

Assalamualaikum dan selamat malam semua....

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk berbakti dan berjuang pada hari ini untuk hari-hari kita yang mendatang. Sudah 2 hari Disember memunculkan dirinya. Covid19 masih ada di luar sana. Sama-samalah kita semua menjaga diri dan kesihatan dengan mengamalkan saranan yang dikeluarkan oleh KKM. ☺

Sesi persekolahan masih diteruskan dengan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR). Cabarannya sangatlah tinggi untuk mengajak anak-anak murid sama-sama mengikuti sesi pembelajaran ini. Ye..dah banyak intervensi yang dilakukan untuk menarik minat murid untuk ikuti kelas online, tetapi masih ada yang leka dan seronok apabila berada di rumah. Tambahan lagi dengan gajet yang diberikan oleh ibu bapa asalnya untuk pembelajaran tetapi ada sesetengahnya menyalahgunakannnya untuk lebih kepada gaming dan media sosial. Sikap anak-anak ini hanya merugikan mereka bukannya orang lain. Tiada salahnya untuk bermain games, bermedia sosial, bertik-tok dll, tetapi keutamaan haruslah diberikan kepada jadual kelas online yang disediakan. Inilah dia cabaran dunia pendidikan hari ini.

Kesian melihat guru-guru veteren yang bertungkus-lumus mempelajari kecanggihan teknologi untuk mengajar anak-anak murid tersayang,tetapi respon yang sedikit amatlah mengecewakan. Syabas dan tahniah guru-guru. Anda telah mencuba dan mnyiapkan diri tetapi anak-anak masih leka dengan dunia maya yang tidak terarah. Moga-moga anak-anak ini memperoleh kesedaran dari dalam diri untuk kepentingan dan kejayaan masa hadapan mereka.

Monday, November 30, 2020

Review: Novel Kenangan Terindah Karya Hezzy Azra

 Assalamualaikum & hai semua...

Hari ini ingin melunaskan janji untuk menulis sedikit maklum balas tentang novel yang baru di baca iaitu Kenangan Terindah. Novel kedua nukilan penulis Hezzy Azra. Salah seorang penulis yang begitu bersahaja dalam penulisannya. Terasa seronok untuk meneruskan hasil karya beliau. Terima kasih Kak Hezzy. ☺

Untuk novel KT ni, apa yang dapat saya kongsikan..jalan ceritanya menarik, tidak begitu berat mainan emosinya tetapi bila awal-awal baca tu, menyampah sungguh la dengan Ridzwan ni.. Hello, ko ingat semua apa yang ko nak tu,boleh dapat ke??? haa...gitu ler... ingatkan awal je nyampah dengan Ridzwan ni..sekali mmg sampai abis..hahahahaha

Seperti biasa dalam karya Kak Hezzy... kisah kekeluargaan & persahabatan merupakan elemen utama. Sesuatu yang positif apabila keluarga & sahabat saling sokong menyokong dan bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu isu. 

Karya kedua Kak Hezzy, tetapi karya terakhir yg saya baca setakat ini..hehe.. Untuk karya ni, saya bagi 3 ★★★ and half ye kak... Terima kasih kak kerana menghasilkan karya yang santai tetapi bermaklumat kepada pembaca. Tak sabarrr nak baca karya yang seterusnya....teruskan berkarya akak...❤❤❤

Thursday, November 12, 2020

One Month and a half Till End of Year 2020

 Assalamualaikum and a very good afternoon to you people out there......

Oopss...sampai situ jer English Version..hahaha... Oh Wow....sudah berkurun lama nya tidak mengemaskini blog ku ini rupanya... Kali terakhir paparan tahun 2016..

ermmm.... hampir 5 tahun tidak bersiaran ye... saya harap semua orang di luar sana baik-baik belake.. Semoga kehidupan kita dalam rahmat Allah sentiasa.. 

Resolusi baharu di musim pandemik yang sedang melanda ini, rasanya macam ingin menulis semula di laman blogging ini. Walaupun tiada yang membaca tetapi sekadar luahan pendapat untuk kepuasan sendiri. Mudah-mudahan apa yang akan saya kongsikan memberi manfaat kepada orang lain. Ingin menulis novel yang panjang lebar, tak termampu rasanya. Masih belum cukup kreatif dan puitis dalam berbahasa. 

Harapannya agar terlaksanalah apa yang bermain difikiran saya sekarang ini. Moga semuanya dipermudahkan. Hingga kita jumpa lagi.


#journey2020tillend

#kitajagakita

#kitabelummenang

#patuhiSOPsama-samakitamenang

#mogaCOVID19terhapusdimukabumi


Tuesday, July 12, 2016

Ron & teammates = champion

EURO 2016 berakhirnye selepas aku berjaya tengok 4 games sahaja sepenuhnya...itu pun melibatkan team pilihan aku sahaja...final pun aku x tengok.. hari keje plus hari raye..so, memang x dapat nk nolong ler...

Ape2 pun tahniah di ucapkan kpd team PORTUGAL krn berjaya menjuarainya pd edisi kali ini..tersentuh hati bile tgk Ron nangis bile x dpt main slps 8 minit perlawanan bermula..huhu...nak wat cam ne kan kalau dah bkn rezeki dia nak beraksi di final..yg penting koleksi piala dah bertambah, thanks to his teammates..Atok pun gembira melihat ank buah ksygn menang euro... hihi..

Tuesday, June 14, 2016

EURO is Back.....2016 should be fun???

Assalamualaikum semua....

Life is so busy nowadays...there's quite not much time to write anything on this blog...it's quite frustrating actually..writing is always been my passion, but then, i'm not quite good at ranting and throw out ideas...so, it is better for me to enjoy others' writing only to keep my life inspired and meaningful after the Guidance of the Above of course..

Well, football season is finally ended months ago..truly this season not quite enjoyable since my favorite team keeps loosing and under their best performance..frustrated as well..haish.. Hopefully, by the next season with the new manager they will be able to be on top form and achieve the victory that should be theirs from the early on. Of course, i'll keep praying and hoping for the best for the lads to meet their expectation.

So, for the time being, let's focus on EURO 2016 games.. well, as usual, my preferences are Germany, Spain and Italy...hihi...even though i can't watch all the live match, i'll always cheer and support wholeheartedly for them... ALL THE BEST GUYS!!!


HAPPY FASTING TO ALL MUSLIMS AROUND THE WORLD.... MAY ALLAH GRANT US HIS VIRTUE AND STRENGTH TO KEEP PERFORMING THE IBADAH IN THE MONTH OF RAMADHAN...STAY STRONG TO ENRICH OUR DAILY PRAYERS DAN GOOD DEEDS... :)

Tuesday, May 17, 2016

Selamat Hari Guru 2016

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni tetibe terasa nak menaip kat blog yang dah lama tak di kemas kini.. Tambahan pula semalam adalah hari yang istimewa untuk semua warga pendidik di seluruh dunia..

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat hari guru untuk semua guru-guru saya, yang hadir dalam hidup saya sama ada secara langsung atau tidak langsung..
Tidak semestinya guru-guru yang mengajar di sekolah atau universiti sahaja tetapi meliputi semua individu yang hadir memberi tunjuk ajar daripada "tidak tahu" kepada "tahu" & "kenal" sesuatu perkara..

Mak, ayah, atuk, nenek, abang2, kakak2, sepupu2, jiran2, sahabat2 dan termasuklah  orang asing yang kenal secara maya... Anda semua adalah guru melalui pengalaman2 yang dilalui bersama sama ada secara berdepan mahu pun penulisan yang menyentuh hati melalui bacaan..

Semestinya jutaan terima kasih kepada guru2 yang bertahun2 mendidik saya di tadika, PASTI NURUL HIDAYAH, kg.telaga.... Guru2 di SK TELAGA (93-98) & SMAM (99-03)...pensyarah2 di KUSZA (04-07) & UIAM (08-12)...rakan2 guru di SK KUALA DURA (13), SMK AJIL (14), SMA MARANG (15) dan SMKTM (16).... Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dan didikan anda semua, saya mampu menjadi diri saya yang sekarang.. Semoga hidup kalian semua terus diberkati Allah selalu dan diberi kesihatan yang baik agar terus berbakti demi anak bangsa.. :)

[[[..TERIMA KASIH CIKGU SEMUA..[[[

Wednesday, March 30, 2016

Review: Antologi novel ACD & Melodi Kasih

Salam semua....klu tadi dah bicara pasal wayang...kali ni kita bicara pasal novel lak..hehe...one of my favorites to kill the time & releasing any stress...haha..mcm masa tu blh dibunuh je ye...sabar jer la..

Thanks to my favorite novelist, Hezzy Azra, for the posted novels...hehe..bukan ape skrg ni agak tiada kesempatan nk lawat & jelajah bookstore...busy memanjang...huhu...

Ape yg best nye ACD & Melodi Kasih ni..??? Yg pertamanya sebab cara olahan & penulisan yg sempoi dr penulis la.. Senang nak faham & tak complicated sgt.. Itu yg kita mahu..

Yg kedua nya, jalan cerita yang tak membosankan & tak klise..unik & berstail org kata..xdela asyik nak kena kawin paksa je kn...klu dh xnk buat ape kawin kan...??? Tak ke buang masa namanye..  Ahaks!!!

Yg ketiganya, mesej yg disampaikan berbentuk positif...bkn je mesej melalui jln cerita tp tajuk jg kna positif..nak catchy pn tajuk tu, positive thinking is absolutely necessary ok..brula terbuka n terbina sikit minda kita ni kan..jgn duk letak benda negatif aje... Nak alirkan nilai positif dlm diri kenalah bermula dgn melihat or membaca sesuatu yg positif.. Barulah hidup bahagia & ceria sokmo.. :-)

Ok...itu sahaja utk stkt ini..nanti kita tambah lg ye bila dah reread these novels once or twice or triples time in the future. This is what I can share for the time being... I'm too busy right now... :(
See ya again....!!!

Review: Munafik is awesome!!

Assalamualaikum...dah lama rasanye aku tak post kt blog ni...memang bersawang lelabah la jawabnye...hehehe..
Well, kali ni rasa mcm rajin lak kan nak menaip ni haa....kita cite pasal wayang la kali ni...bukannya rajin or minat sangat tengok wayang sebenarnya tapi kalau dah ade yg mintak teman tgk tu..kita on aje la kan..tapi tgk cite gak la...:-)

Baru-baru berkesempatan la tgk filem plg hangat arahan syamsul yusof tu..apa yg blh dikatakan ialah memang TERBAIK..!! 5 stars ok...jarang aku nak puji filem melayu ni...yg layak dikagumi je aku tgk kat wayang tu..hahaha...

Ape yang baiknya munafik ni...?? Meh kita senaraikan ye....

1) TIADA adegan bersentuhan antara lelaki & perempuan..respek ok..blh pn cerita melayu buat mcm tu kan..penuh gak wayang org g tgk...amazing!!

2) Filem seram melayu yang sememangnya seram & penuh kejutan yg x disangka..xdela nak gelak bila tgk cite seram kan..ngee

3) Idea yg berbeza dgn cite2 seram yg biasa ditayangkan & disuntik elemen2 yg mampu membuat penonton berfikir.. Bukan skdr tgk tnpa tujuan..eceh...

Keep up the good work mr. Syamsul yusof...:-)

Friday, October 9, 2015

Suasana Baru...

Assalamualaikum and good evering everybody...

Di petang hari yang mendung ni, guruh yang berdentum dan angin yang sepoi-sepoi bahasa bertiup kat luar nun, tetiba terasa rajin nak update blog saya yang dah terlampau bersawang dan berkarat ni. Aish.., memang terasa rindu pulak nak menulis kan.. :)

Setelah lama saya ni menjadi tukang tanam anggur kan, alhamdulillah, akhirnya impian yang dikejar dapat juga dipenuhi. 2 bulan telah bermulalah hidup saya sebagai seorang pendidik yang sememangnya semakin mencabar dalam dunia serba cepat dan pantas dengan segala maklumat begitu senang diperoleh. Harapannya agar saya terus cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup dan cabaran di era globalisasi untuk generasi Y yang kian pintar dan kreatif ni.

Tambahan pula mendidik di bandaraya besar ni sudah tentu lah cabarannya berlipat kali ganda dengan pelbagai ragam dan karenah untuk dihadapi. Ya Allaah, aku bermohon kepada MU, Kau berikanlah aku kekuatan dan kecerdikan dalam menangani isu-isu yang bakal aku harungi dan Kau berikanlah aku bimbingan agar aku terus berusaha mendidik diriku dan anak-anak didikku untuk menjadi insan yang cemerlang dalam agamaMu serta kehidupan kami agar terus berada dalam keredhaanMu, ya Allah.. Amin ya rabbal'alamin.



Monday, July 22, 2013

Keberkatan Ramadhan

Assalamualaikum semua...:)

Dah lama rasanya blog kesayanganku ini bersawang..haish.., tak sempat dah nak mengemaskini blog selalu.. Ape2 pun diharap semuanya berjalan lancar di pertengahan tahun nie...diam tak diam Ramadhan kembali lagi...Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini..hari ni pun dah 13 Ramadhan..mudah-mudahan segala amalan dan ibadah kita di sepanjang Ramadhan kali ini diterima dan diberkati-Nya..Ameen:)

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, marilah sama2 kita memanjatkan kesyukuran dan memperbanyakkan amalan sunat dan wajib beserta berdoa untuk kesejahteraan kita bersama. Marilah sama2 kita amalkan bacaan doa ini yang di riwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad dan al-Hakim, disetiap akhir solat... 

"Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu". 

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa untuk semua, dan sama2 lah kita mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini..:)

Thursday, April 25, 2013

The Greatest 20th League Title..!!

Halluuu everyone...!!! walawey, lama giler aku tak update blog nie...erk, dah nak dekat setahun rupanya.. hailoh, memang teruk ler...it's ok..lagipun blog nie bukan ade org folo pun kan...?? muahahaa..ape2 pun, kini aku kembali sebabnya the lucky no.20...hahahaha..here it is, tadaaaaaaaaa..........


hehe...Manchester United win da title league again...well, sorry ye jiran tetangga yg selalu bising-bising tu...korang semua melopong season nih...hikhikhik..tak nak la cite byk2 kan, gembiranya sebab da title no.20 nie..comelnya number tu kan...sy suka sangat2..:D  

CONGRATULATIONS to EVERYONE, TEAMS & SUPPORTERS!!




pictures grab from getty image as well as united fb group..thanks:)

Sunday, July 1, 2012

Head-to-head of The Top..

hye all.....jom jenguk2 stats jap sempena Final Euro 2012 nie..well, definitely about the world's top two goalkeepers..hehe...cilok dari Eurosport.com ye...;)

Tadaa.....Mr. Gianluigi Buffon & Mr. Iker Casillas...hemsem tak..??? lalalalala...


The stats make interesting reading – across the tournaments, the duo have near-identical minutes-per-goal-conceded ratios: Casillas is on 166 minutes and 36 seconds, with Buffon on 166 minutes and 24 seconds.


What is clear without statistics is that both are excellent goalkeepers, capable of turning it on for the big matches and – crucially – of keeping concentration when untested for large swathes of a tournament.


How they perform will be vital to their teams’ hopes – but the chances are that neither will let their country down. 

Amek kau.....sama-sama mantap tu...jadi kita tunggu dan lihat aje la pagi esok ye....:)


source: thanks to..http://uk.eurosport.yahoo.com/news/legendary-keepers-do-battle-in-euro-2012-final-135332742.html



Friday, June 29, 2012

Spain vs Itali in the final...

Assalamualaikum n hye all....

How are you today..?? Hopefully everyone's fine...well, i'm totally good today okay...hehe..why..?? Definitely it's because my favorite team in EURO 2012, Italy & Spain will play against each other in final this Sunday..what a day...!! :) 

Italy is going to final after beating Germany 2-1 in Semis last night..what an unmissable moment and match to watch..both teams played very well, but Italy dominated throughout the game and definitely they deserved to win it..even though Germany tried their best till the last whistle, but they failed to find the second goal after Ozil gave them the first goal..Furthermore, they played unlikely they used to play in first half, which ended their game-play actually..Finally, 'sumpahan' Azurri is continuing towards Germany team...

Italy will play against Spain in final EURO 2012, which is rematch against them after they draw in the first match in group stage..who will be the winner in this second & final match between them in this tournament..?? It's a match between two key players, Andres Iniesta vs Andre Pirlo..who is the best architect on the pitch..?? and of course, the battle between two best goalkeepers, Gianlugi Buffon and Iker Casillas..well, the best team will win with a little luck maybe...that's only my two cents, guys..!! 

Wishing them, best of luck and hopefully this will be the fascinating final with the great and skillful players on the pitch is waiting to show the world their best..:)

Tuesday, June 19, 2012

Aku Pilih Mereka...

Assalamualaikum and hye all.....

Walawey...lama giler aku tak beronline...walaupun hidup ni tak ada la busy sangat kan, tapi nak buat macam mana ada kesempitan dalam kesulitan kan...jadinya tak dapat ler eden nak online hari-hari..dengan lappy yang buat perangai ntah ape2 dan kebosanan hidup yg melanda..,membuatkan aku malas nak mencari alternatif untuk menyelesaikan dat so-called kesempitan dalam kesulitan tu...huhuhu...akibatnya, aku blehlah diibaratkan sebagai kerengga di bawah kurungan tempurung kaca....hahahaha..what a idiom la...peace yo..:P


Tadaa..comel tak pic di atas sana..?? hehe..hari ni kita story mory pasal Euro 2012 ye kawan2..tak tau nak sembang pasal ape kan, jadi kita belasah Euro 2012 untuk entri kali nie...well, aku bukannya tengok sangat pun Euro kali nie..tak tahu la kenapa..tak terasa teruja langsung..apakah cik anna dah hilang minat untuk menonton bola sepak..?? Oh my..janganlah...sungguh ku tak ingin...huhu...Back to Euro, team pilihan kali ni..?? sungguh tak de team pilihan dalam list..Sebab..??/ semua team pilihan aku telah dirembat oleh kawan2 rapat dan anak buah yg tersangatlah gedik yg curik team favorite aku...huhu...but, still ade team yg menarik minat aku untuk diberi perhatian...hehehehe...

Pasukan-pasukan tersebut adalah.....jeng..jeng..jeng.....



1. HOLLAND...aku suka tengok pasukan Holland nie sebenarnya..pasukan nie boleh dikatakan lengkap dah..dengan semua posisi dilengkapi oleh pemain bertaraf bintang..malahan penjaring terbanyak untuk BPL dan Liga Jerman pun ada dalam team nie..tapi malangnya dorang tersekat dalam saingan kumpulan jer tanpa sebarang mata..kesian...huhu..salah siapa sebenarnya..?? taktikal coach tak menjadi kot....dari naib juara Piala Dunia 2010, terus takde ape2..huhu....

2. ITALI....err..kenapa team nie yg aku pilih..?? rasanya aku tak berapa kenal pun players dia..tapi itulahkan, tak kenal maka tak cinta..tapi aku, yg tak kenal itu ler aku nak cinta nya..menarik ape..?? hahahaha... Sebab utama aku pilih Itali sebab masa tengok first game dorang tu, gaya permainan dorang tu menarik..dan apabila dorang seri dengan Spain, aku beranggapan dorang boleh melakukan sesuatu di Euro kali ni, disebalik krisis rasuah yg sedang melanda di liga mereka..best of luck guys..!!

3. FRANCE..team nie pun aku tak bape nak familiar sebenarnya..ade la 2 3 orang yg familiar..tu pun sebab dorang main kat BPL..jadi tercam la muka dorang tu kan..hahaha..kenapa team nie..?? well, dorang nie tak pernah tewas waktu qualification round, jadi tak mustahil dorang bley pergi jauh dalam Euro kali nie kan..?? Pulak tu di bawah coach Laurent Blanc..harap2nya dorang dapat melakukan sesuatu la..

Agak-agak teams pilihan aku nie bleh challenge Germany and Spain tak ye..??? err...Holland dah out, jadi tak di ambil kira okey...hahahaha...well, best of luck to ENGLAND squad too....tertinggal pulak kan...hehe..

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru..!!

Assalamualaikum...

Puisi di bawah khas untuk semua warga pendidik di Malaysia terutamanya buat semua guru-guru saya semenjak di tadika hingga tamat pengajian di universiti...buat semua guru-guru saya di PASTI (1989-1990), Sekolah Kebangsaan Telaga (1991-1998), Sekolah Menengah Agama Mahmudiah (1999-2003), KUSZA@UDM@UNISZA, (2004-2007), & UIAM@IIUM (2007-2012)...tak lupa juga buat mereka yang hadir dalam hidup saya yang banyak memberi pengajaran dan pengalaman berharga samada secara langsung atau tidak langsung..Terima kasih atas segalanya...Jasa kalian amat dihargai..:)


Tuesday, May 15, 2012

Tamatnya season 11/12...

Salam n hye all...

Setelah mengharungi satu season yang panjang, akhirnya Barclay Premier League melabuhkan tirainya 3 hari yang lalu..untuk sebulan nie pasti tiada lagi sorakan dan kekecohan tentang pasukan kegemaran masing-masing..ibu-ibu, isteri-isteri dan awek-awek semua pastinya lega bila pasangan masing-masing tak lagi hilang setiap hujung minggu...dan mereka juga bebas menonton rancangan kegemaran mereka apabila hujung minggu tiba..hahahaha...opppss, ni tentang bola sepak luar negara okey, liga tempatan masih lagi berlangsung..hehe..

Akhirnya City merampas kejuaraan dari jiran sebelah, United selepas aksi dramatik mereka ketika menewaskan team Tan Sri Tony Ahad lepas..punah harapanku untuk melihat pasukan kesayanganku menjulang kejuaraan kali ke-20...hukhukhuk..sedih memang sedih kan tapi dah memang rezeki City untuk season nie, terima seadanya la kan..United tewas pun atas beza jaringan..memang persaingan yang sangat sengit..dan sememangnya satu kebanggaan juga sebenarnya melihat United mampu bersaing dengan City hingga ke akhirnya walaupun kekurangan pemain utama yang bergelut dengan kecederaan hampir separuh saingan liga.. 

Congratulations to City as the champion and congratulations also too all United players who were competing till the last match of the season...what a moment for this season..:) nampaknya semua liga di Eropah mempunyai juara baru..Real Madrid juara La Liga, Juventus juara Liga Itali, & Borrussia Dortmund juara Bundes Liga.. Pembahagian kejuaraan di BPL juga adil nampaknya..hehe..yelah, United with Community Shield, Liverpool with Carling Cup, Chelsea with  FA Cup, & finally City with League Title..tersangatlah adil kan..dan fnal UCL nanti harapnya jadi milik Bayern Munich la kan...barulah betul2 fair & square....hehehe..........peace yo..!! hingga ketemu lagi di EURO 2012 Jun nanti....:))

Masa Terus Mengejar...

Salam and hye all...

Hurm...dah masuk Mei dah kita ye...cepatnya la masa berlalu..masa mana nak tunggu kita kan..? tapi kita aje yang rancak membuang masa dengan aktiviti yang kurang berfaedah..hailoh, termasuklah cik penulis nie..entah bila nak memajukan diri dan berubah ke arah yang lebih baik..huhu..

Well, masuk hari nie genap tujuh hari arwah nenek aku kembali kerahmatullah...al-fatihah dihadiahkan buat allahyarhamah nenekku..semoga nenekku tenang disana dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa..Amin..begitulah kitaran kehidupan..kita pada hari ini, tanpa mengira usia dan waktu, bakal dijemputNya, samada kita bersedia ataupun tidak..daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Yang Maha Kuasa, dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri yang tegar mencorakkannya...

Bersama-samalah kita mencari redhaNya dalam kehidupan ini untuk menjadi jaminan buat kita pada kehidupan seterusnya..sebagai peringatan untuk diri aku sendiri..Wallhuallam..

Friday, April 20, 2012

UEFA Champions League..

Assalamualaikum n hye all...

Jumpa lagi kita...hahahaha..memang budak sorang nie xde keje betul dipagi-pagi hari 20 April nie..errk..aku baru perasan..setiap kali aku update blog mesti dah nak abes bulan tu or tengah-tengah bulan..apakah aku memang serasi dengan no 20 dan ke atas nie..??? muahahaha...sungguh tidak berkaitan..:D

Well, pagi selasa dan rabu baru nie separuh akhir pertama UCL dah lepas dah...tapi aku tak tengok live pun.. almaklumlah team kegemaran tak lepas ke separuh akhir kan..jangankan ke separuh akhir, peringkat kumpulan pun tak lepas..memang takde rezeki dorang betul la season nie..eceh..dan2 ayat cover..pasrah tuu...:( err, kembali ke topik asal..saje nak heboh sebab BARCA & REAL MADRID kan tewas dengan CHELSEA & BAYERN...jadinya, aku tolong happy la kan..hahaha...tersangatlah seronok bila tau Bayern menang..tetiba support Bayern pulak...ade aku kesah...?? hikhik..tapi yg tak bestnya Chelsea menang jugak, tapi kira okey la kan dari Barca menang..tak larat dah nak dengar Barca menang..aduh..,tercedera jiwa raga nie...hukhukhuk.. 

Ape2 pun kemenangan 2-1 Bayern ke atas Real Madrid memang buat bekal untuk dorang bertandang ke St. Bernabeu nanti ler..harap2nya dorang boleh teruskan prestasi cemerlang kat stadium keramat Madrid tu.. err, sorry ye abang Cass, Ron, Higauin..nak support abang Muller, Lahm, Olic dll season nie..;) tapi agak2 Chelsea bley challenge ke Barca kat Nou Camp nanti ye..?? kita tengok sama2 ye...

April dah nak habis..

Assalamualaikum n hye all....

Macam biasa lah kan..ape khabar korang semua..?? dah lama dah aku tidak mengemaskini blogku yang tak berapa nak heboh nie..aisey..rindu sungguh rasanya nak menulis, tapi tiada apa yang nak aku kemaskinikan jadi terbiar bersawanglah blog aku neh...huhuhu...tambahan pulak aku memang tersangatlah jarang online sekarang nie...mood untuk berblogging telah hilang entah ke mana..sape dan ape entah yang dah curik..aku sendiri pun tak pasti...:) 

Erm..hari tu aku ade bersembang dengan kawan aku...yelah berkongsi cerita dan bergosip gitu..tapi bukan mengumpat okey..hahaha...aku cakaplah kat dia kan aku bosan dowh duk kat umah..xde ape nak buat selain makan, tido, tengok tv, dengar lagu dan jadi bibik tidak bertauliah kat umah nie..(padan muka ko kan cik ana..sape suh ko tak reti2 nak cari kerja..:P ) pastu dia pun bg suggestion suruh aku tulis novel memandangkan aku nie giler sangat layan novel..

err..terkedu aku dibuatnya...aku nie bab2 layan novel orang lain boleh lah..tapi kalau untuk aku hasilkan novel aku sendiri rasanya lambat lagi ar...dah ar aku nie memang spesies malas nak karang ayat cinta-thriller-jiwang-emosi dan sewaktu dengannya...memang tak la kan...err..agak2 la kan, kalau aku nak tulis novel, genre amende hah yg sesuai..??? *ting tong..sila fikir2kan*

Sehingga berjumpa lagi di alam siber nie kawan2....:)