Tuesday, February 8, 2011

Safee Sali ke Indonesia akhirnya....

Salam n hye all..

Well, hari nie nak bicara sikit pasal isu hangat perpindahan Safee Sali ke kelab Pelita Jaya Indonesia..akhirnya ape yang dihajatkan oleh Safee menjadi kenyataan..berpindah ke kelab tercorot liga Indonesia bukanlah satu masalah sebenarnya..mendapat pengalaman bermain di negara orang itu lebih penting..dapat mengetahui bagaimana pemain2 di sana menguasai sesuatu saingan selain dapat membuka mata pihak luar mengenai bakat yang kita miliki..

Tahniah buat Safee..semoga memperoleh pengalaman yang berharga ketika beraksi di sana nanti.. walaubagaimanapun, aku lebih tertarik dengan kenyataan Dato Zolkeples yang mana beliau lebih inginkan pemain Malaysia menimba pengalaman di kelab2 di Jepun dan Korea memandangkan taraf liga dorang lebih tinggi dan di iktiraf di peringkat antarabangsa..pada aku, apa yang Dato Zolkeples cakap tu sememangnya benar..malahan liga Jepun dan Korea sememangnya ada prestij yang tersendiri dan lebih dikenali..malahan para pemainnya juga dikalangan mereka yang memiliki skil dan semangat bermain yang tinggi..sepatutnya dapat memberi lebih banyak kelebihan buat pemain Malaysia..

ape2 pun, aku doakan yang terbaik untuk Safee bersama kelab barunya nanti..walaupun aku bukanlah peminat Safee..hehe..semoga dengan kehadirannya, Safee dapat membantu meningkatkan permainan kelab tersebut seterusnya membaiki ranking kelab ke tempat yang lebih baik..wish u all da best..!!

till then, c u guys..:)

Monday, February 7, 2011

Pesanan tuk sesape nak kahwin awal..hee..

salam n hye all....

tadi dah cite pasal aku punya trip semalam kan...nie nak share sikit pasal nikah kahwin nie...cite menarik nie tau terutama tuk sesape yang rasa nak kawen awal le..aku tak la kan..hehe...aku rasa ape yang penulis ni luahkan ade betulnya jugak...pada pandangan aku la kan, korang punya fikiran xtau la kan..yela, setiap orang ade pemikiran masing2 kan...:)

so, enjoy jer la story yang aku amek dari fesbuk nie..renung2kan lah ye kawan2 sume...feel free to drop da comment too...;)

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


p/s: note nie tuk sape2 yang rasa nak kahwin awal la kan..mungkin nampak macam sempoi tapi ape yang penulis ni luahkan ade betulnya juga..sometimes, people get married just because they want to..without thinking of other things..married life is complicated if u can not tolerate with your spouse..thanks!!

till then, c ya...:)

9 jam perjalanan dari Ganu-KL...

salam n hye all...

ape cerita hari ini..?? back to school la..cuti dah abes kan..huhu...sampai aje hostel xde cite lain dah yang keluar melainkan kesesakan lalu lintas yang tersangat la dasyat..huhu..dari utara, selatan dan timur, semua jalan jammed yang teramat...naik lenguh dah badan dan kaki nie sebab lama sangat duduk dalam bas tuh..dah nak cramp kot...xpenah2 jammed seteruk nie... pengalaman betul la..

sebelum tu, dah la ade cite lawak x ingat..boleh pulak xtau member naik satu bas ngan dia..cik anna oh cik anna...ngarut sungguh la...kat kaunter tiket dah terserempak dah tapi bila cari2 kat kawasan sekitar tak terjumpa pulak..nasib baik la ade handphone ni haa..well, thanks to alexander graham bell la sebab mewujudkan ciptaan canggih nie walaupun dulu x secanggih ini..huahuahua...stop melalut cik anna oii..back to da story la..mesej punya mesej...pusing kiri pusing kanan..last2 dapat call, "wey, cer mung paling belakang jap.." ops, memang sah la kami berada dalam satu bas yang sama..pastu dua2 gelak x ingat...lawak betul la...

9 jam perjalanan dari Ganu ke KL...belum kira nak sampai hostel lagi tuh...klu kira betul2 sampai hostel dah jadi 12 jam ler...huhuhu....bukan ape, tunggu sepupu sampai dah 1 jam..lepas tu, makan2 jap..naik tren tukar tren..tunggu bas nak masuk kampus lagi...at last 10 pm baru sampai bilik..fuuhh..perjalanan yang cukup panjang..badan dah letih, dah mandi tukar baju sume, tukar cadar bagai lagi...siap sume jer..bummm, dah pengsan terus sampai le pagi..gi kelas pun lewat satu jam...muahahaha...bagus betul dak ni sorang neh...kawan2 kat luar jgn ikut ye...x sihat untuk kesihatan sejagat..hahahaha...

till then, c ya...:)


Friday, February 4, 2011

quotes yg menarik!!

salam n hye all...

just nak share ngan korang some of Bill Gates philosophy...terjumpa kat fesbuk td...in reality, can't deny it..:)

Bill Gates reality check :-

Rule 1: Life is not fair - get used to it.

Rule 2: The world won’t care about your self-esteem. The world will expect you to accomplish something BEFORE you feel good about yourself.

Rule 3: You will NOT make £60000 a year right out of high school. You won’t be a vice-president with a car phone until you earn them both.

Rule 4: If you think your teacher is tough, wait till you get a boss.

Rule 5: Flipping burgers is not beneath your dignity. Your grandparents had a different word for burger flipping: they called it opportunity.

Rule 6: If you mess up, it’s not your parents’ fault, so don’t whine about your mistakes, learn from them.

Rule 7: Before you were born, your parents weren’t as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from the parasites of your parents’ generation, try delousing the closet in your own room.

Rule 8: Your school may have done away with winners and losers, but life has not. In some schools, they have abolished failing grades and they’ll give you as many times as you want to get the right answer. This doesn’t bear the slightest resemblance to ANYTHING in real life.

Rule 9: Life is not divided into semesters. You don’t get summers off and very few employers are interested in helping you find yourself. Do that in your own time.

Rule 10: Television is NOT real life. In real life people actually have to leave the coffee shop and go to jobs.

Rule 11: Be nice to nerds. Chances are you’ll end up working for one.

Thursday, February 3, 2011

..cuti yang bosan..

salam n hye all...

pekaba sumenya..? harap2 korang sume sihat sejahtera la ye..agak lama x update blog terchenta neh..xde masa n xde peluang sebenarnya..eceh waahh...macam bz yang teramat jer cik anna sorang neh yer...padahal tak pun sebenarnya...ahaks..well, mood tuk nak menulis xde sebenarnya...tu penyakit n virus malas yg dah menyerang agak lama...hukhukhuk...ni pun tetiba ade masa sikit, tu yang rajin tu..:)

tapi xde ape yg nak di update pun..hahaha....duk umah layan novel ajer keje nya......klu novel baru xpe gak..nie novel lama yg dah berbelas kali dah khatam...haru x haru..tetapi itu lah ceritanya...ade sape2 nk belikan novel baru tak untuk saya..?? (sambil kedip2 mata) muahahaha....gediks jap..:P


pic di atas adalah novel faveret yg aku layan x henti2 yer...err,, berenti gak sebenarnya...menipu besar lah klu non-stop tue...ish3....kena tambah koleksi next time neh...ngee..~~~