Wednesday, March 30, 2016
Review: Antologi novel ACD & Melodi Kasih
Review: Munafik is awesome!!
Assalamualaikum...dah lama rasanye aku tak post kt blog ni...memang bersawang lelabah la jawabnye...hehehe..
Well, kali ni rasa mcm rajin lak kan nak menaip ni haa....kita cite pasal wayang la kali ni...bukannya rajin or minat sangat tengok wayang sebenarnya tapi kalau dah ade yg mintak teman tgk tu..kita on aje la kan..tapi tgk cite gak la...:-)
Baru-baru berkesempatan la tgk filem plg hangat arahan syamsul yusof tu..apa yg blh dikatakan ialah memang TERBAIK..!! 5 stars ok...jarang aku nak puji filem melayu ni...yg layak dikagumi je aku tgk kat wayang tu..hahaha...
Ape yang baiknya munafik ni...?? Meh kita senaraikan ye....
1) TIADA adegan bersentuhan antara lelaki & perempuan..respek ok..blh pn cerita melayu buat mcm tu kan..penuh gak wayang org g tgk...amazing!!
2) Filem seram melayu yang sememangnya seram & penuh kejutan yg x disangka..xdela nak gelak bila tgk cite seram kan..ngee
3) Idea yg berbeza dgn cite2 seram yg biasa ditayangkan & disuntik elemen2 yg mampu membuat penonton berfikir.. Bukan skdr tgk tnpa tujuan..eceh...
Keep up the good work mr. Syamsul yusof...:-)
Friday, October 9, 2015
Suasana Baru...
Di petang hari yang mendung ni, guruh yang berdentum dan angin yang sepoi-sepoi bahasa bertiup kat luar nun, tetiba terasa rajin nak update blog saya yang dah terlampau bersawang dan berkarat ni. Aish.., memang terasa rindu pulak nak menulis kan.. :)
Setelah lama saya ni menjadi tukang tanam anggur kan, alhamdulillah, akhirnya impian yang dikejar dapat juga dipenuhi. 2 bulan telah bermulalah hidup saya sebagai seorang pendidik yang sememangnya semakin mencabar dalam dunia serba cepat dan pantas dengan segala maklumat begitu senang diperoleh. Harapannya agar saya terus cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup dan cabaran di era globalisasi untuk generasi Y yang kian pintar dan kreatif ni.
Tambahan pula mendidik di bandaraya besar ni sudah tentu lah cabarannya berlipat kali ganda dengan pelbagai ragam dan karenah untuk dihadapi. Ya Allaah, aku bermohon kepada MU, Kau berikanlah aku kekuatan dan kecerdikan dalam menangani isu-isu yang bakal aku harungi dan Kau berikanlah aku bimbingan agar aku terus berusaha mendidik diriku dan anak-anak didikku untuk menjadi insan yang cemerlang dalam agamaMu serta kehidupan kami agar terus berada dalam keredhaanMu, ya Allah.. Amin ya rabbal'alamin.




