Salam semua.. Sudah di pertengahan Jun 2023 rupanya kita.. Cepat sungguh masa berlalu.. Jomlah kita aktifkan semula laman sesawang yang makin berkilo-kilo sawannya ni.. Haha..
Jadi.. tulisan pertama sudah semestinya berkaitan hobi pertama iaitu membaca. Dah lama juga tak baca novel ni, makin 'muda' ni terlebih-lebih 'rajin' pulak nak belek novel ni.. Hehehe.. Kekangan masa pun iye juga..
Novelis kesayangan, Hezzy Azra ada keluarkan karya terbaru sempena PABKL 2023.. Nak order online hari tu, tapi bila fikir-fikir gi jengah PABKL aje la.. Untung2 boleh jumpa akak penulis 🤭.. Nah.. Kan betul, ada penulisnya.. Tapi x sempat nak sembang lama.. Rushing hari tu.. Huhu
Sayang Tanpa Ragu...memang memenuhi citarasa.. Santai tapi ada mesej nya.. Almaklumlah, dah semakin berusia ni makin kurang rajin nak hadam kisah2 berat ni.. Haha..
Kisah Khalif mengajak kita untuk sama-sama melakukan kebaikan walau di mana sahaja kita berada. Do good things, insyaallah good things will come to you. Tetapi dalam berbuat baik perlulah sentiasa beringat kerana masih ada insan2 yang cuba mengambil kesempatan dalam kesulitan orang lain.
Kisah Deanna pula mengajak kita untuk telus dan jujur dalam perhubungan agar tidak memberi kesan kepada orang lain. Sekiranya tak berminat, bagitahu awal2 jadi tak de la orang ternanti2 & mengharap kepada sesuatu yg x pasti..
Macam aku pernah buat jer 😅 sbb tu single lagi kot
Kisah Raez pula mengajak kita untuk berfikir dengan rasional dalam setiap tindakan agar tak dipengaruhi emosi.. Tapi tu la kan, dah namanya manusia takkan terlepas dari emosi samada baik mahupun kurang baik. Walau secerdik mana pun kita, sekiranya emosi mendahului akal nescaya kesan negatif pasti berlaku.
Apa-apa pun kisah pertemuan dalam karya akak Hezzy ada je kelainannya. Kali ni suntikan EpiPen jadi suntikan cinta pulak.. Dulu bauan petrol, jadi haruman cinta.. 😆
Yang best nya geng pokers bagi beg free. 😍 |
Keep on writing sis.. Insyaallah I'll always support u... GGMU ❤️❤️❤️